DAP dan Amanah bersetuju untuk memberi laluan kepada Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor dalam pilihan raya negeri 12 Mac ini.
Pemimpin kanan ketiga-tiga parti itu, Lim Guan Eng, Mat Sabu dan Syed Saddiq dalam kenyataan bersama sebentar tadi mengumumkan senarai kerusi yang akan ditandingi Muda adalah seperti berikut:
(1) Tenang
(2) Bukit Kepong
(3) Parit Raja
(4) Machap
(5) Puteri Wangsa
(6) Bukit Permai
Kesemua kerusi itu ditandingi oleh Bersatu – ketika itu bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum 2018 lepas.
Ketika itu, Bersatu menang di Tenang (majoriti 1,070), Bukit Kepong (majoriti 1,273) , Puteri Wangsa
(majoriti 24,959) dan Bukit Permai (2531).
Kerusi di mana Bersatu mengalami kekalahan adalah di Machap ( UMNO menang majoriti 404) dan Parit Raja ( UMNO menang majoriti 638)
Walaubagaimanapun, persefahaman ini dilakukan tanpa tandatangan presiden PKR, Anwar Ibrahim.
“Rundingan antara MUDA dan PKR sedang diteruskan demi kesepaduan menghadapi PRN ini” kata kenyataan tersebut. -Buletin TTKM-