Muhyiddin positif Covid-19,kuarantin kendiri di rumah

Johor Bharu, 9 Feb: Bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin mengesahkan dirinya positif Covid-19.

Beliau yang juga presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkata dia didapati positif setelah membuat ujan saringan pagi ini.

“Saya telah didapati positif Covid-19 pagi ini setelah membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

“Alhamdullillah, saya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik.

“Mengikut protokol Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), saya akan menjalani kuarantin kendiri di rumah,”

Sehubungan itu, dia menasihatkan kepada mereka yang berkemungkinan menjadi kontak rapatnya supaya mematuhi protokol yang ditetapkan oleh KKM.

“Mohon doakan kesihatan saya dan keluarga,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian di laman facebooknya pagi tadi.

Terdahulu, semalam ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara, beliau berkata sempadan negara akan dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac 2022 tanpa keperluan kuarantin wajib.

Mesyuarat tersebut dihadiri Menteri-Menteri Kabinet, ahli-ahli Majlis serta pegawai kanan kerajaan.

Pada perkembangan yang sama, beliau berharap supaya kerajaan dapat memberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) untuk pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.   

Katanya, langkah itu bagi memberi peluang kepada mereka yang terlibat untuk berkempen tetapi mengikut peraturan ditetapkan. 

“Mengharapkan supaya ada kelonggaran untuk membolehkan sistem demokrasi dijalankan lebih telus dan mereka yang terlibat dalam pilihan raya diberi peluang berkempen tetapi ada batas tertentu,” katanya dalam sidang akhbar.

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version