Lelaki ‘wheely’ motorsikal bonceng kanak-kanak perempuan ditahan polis.

Johor Bharu, 17 Feb : Seorang lelaki yang yang melakukan adegan wheely sambil membonceng seorang kanak-kanak perempuan telah ditangkap polis.

Dalam satu kenyataan, ketua polis Polis Daerah Johor Bahru Utara, YDH ACP Rupiah binti Abd Wahid berkata adegan berbahaya itu dilakukan lelaki terbabit untuk menarik perhatian warganet.

“Aksi tersebut dirakamkan sendiri oleh suspek dengan menggunakan telefon bimbitnya melalui pertolongan rakannya sebelum dimuat naik ke laman web facebooknya iaitu “hafiz sim” pada 15 februari 2022 lebih kurang jam 1900 hrs.” kata ACP Rupiah.

Tambahnya lagi, sebanyak tiga saman telah dikeluarkan antaranya ialah nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi (sek. 14 (4) apj 1987), cukai jalan tamat tempoh (sek. 15(1)a apj1987) dan tidak memakai topi keledar, (pu(a)043/73-004).

“Penunggang motorsikal tersebut telah ditahan bagi membantu siasatan dan barang kes turut dirampas.”

“Kes disiasat dibawah seksyen 42 apj 1987. jika s@bit kes@lahan, seseorang boleh dipenjar4 selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima belas ribu ringgit dan dalam hal sab1tan kali kedua atau kali kemudian, penjar4 selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit.” katanya lagi.

Terdahulu, video berdurasi 36 saat itu tular di laman media sosial dan menjadi bahan kritikan warganet ekoran aksi wheely itu tidak mengendahkan keselamatan kanak-kanak perempuan yang dibonceng. – Buletin TTKM –



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: