Ebit Lew didakwa termasuk gangguan s3ksual

EBIT menuju masuk ke Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom. FOTO Juwan Riduan, Harian Metro

TENOM – Pendakwah terkenal Ebit Lew dihadapkan di mahkamah di Tenom, pada Jumaat, dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.

Ebit Lew, 37, tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, di sini, kira-kira jam 9 pagi dengan menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire serta ditemani sekumpulan individu lain, lapor Sinar Harian.

Sementara itu, perkarangan Pejabat Daerah Tenom turut dikawal pihak polis sejak awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut dijadualkan akan mengadakan sidang media berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit Lew.

Difahamkan, Ebit Lew kini berada di Sabah untuk menjalankan kerja amal.
Tahun lalu, tular video mirip seorang pendakwah melakukan panggilan video sambil melakukan adegan tidak senonoh. -Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: