Pekerja OKU didiskriminasi pengurus, McDonald mohon maaf.

Mcdonald Malaysia memohon maaf di atas insiden seorang pekerja OKU restoran itu di cawangan Forest Height, Senawang yang didiskriminasi oleh pengurus cawangan.

“Kami mengesahkan sikap pengurus restoran tersebut adalah tidak boleh diterima dan melanggar polisi kami mengenai kepelbagaian dan inklusi. Tindakan bersesuaian akan diambil terhadap individu itu” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, McDonald telah menghubungi keluarga krew terbabit untuk menyampaikan permohonan maaf ikhlas berhubung insiden itu dan menyelesaikannya.

“Krew tersebut adalah kakitangan yang dihargai dan telah bersama McDonald selama 4 tahun. Sebagai syarikat berorientasikan insan, kami berusaha untuk menyediakan persekitaran kerja yang inklusif dan mempromosikan budaya yang membolehkan kakitangan kami berkembang dan membina hubungan yang harmoni sebagai ahli Mcfamily.” kata kenyataan itu.

Terdahulu Muhamamad Hanis, abang kepada kepada pekerja OKU tersebut menaikkan hantaran mengenai insiden itu di laman facebooknya 16 Februari yang lalu.

Beliau mendakwa pengurus restoran tersebut mempersoalkan mengapa adiknya tidak masuk kerja.

Menurut Hanis, jadual kerja disediakan lewat pada jam 1 pagi, manakala nama adiknya tidak ditulis nama penuh seperti pekerja lain, sebaliknya hanya diletakkan nombor menyebabkan berlaku perselisihan faham.

Oleh sebab demikian, adiknya tidak datang bekerja pada hari tersebut.

Buletin TTKM difahamkan nombor tersebut merupakan nombor keahlian OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Hantaran itu setakat ini mendapat 14k perkongsian.

Pada perkembangan yang sama, permohonan maaf McDonald itu disambut baik Muhammad Hanis dan menyatakan kes tersebut telah selesai.

“Alhamdulillah semua telah selesai dan permohonan maaf pun telah diterima oleh pihak keluarga daripada pihak McD Forest Height. Tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap pesalah oleh pihak atasan terhadap individu terbabit.”

“Beberapa isu lain yang terkait juga telah pun diketengahkan dan pihak syarikat telah ambil mklum serta akan melakukan tindakkan susulan atas perkara tersebut.”

Maka dengan ini, kes telah pun selesai dan diharap tiada perkara berbangkit akn timbul terhadap golongan-golongan seperti ini khususnya pada masa akan datang” ujarnya di hantaran facebook.

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.