“Najib penyamun tongong dan memalukan negara” – Surat Tun M kepada pengundi Johor.

Mantan perdana menteri ke 4 dan ke 7, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata surat khabar luar negara menggelar Najib sebagai penyamun tongong (plundering idi0t) dan mahkamah rayuan pula menghukumnya sebagai orang yang memalukan negara (national embarassment).

Beliau berkata demikian dalam surat kedua beliau kepada pengundi Johor sebagai menjawab sindiran Najib yang berkata beliau sudah benar-benar pulih kerana mula meratib nama Najib pada surat terdahulu.

“Sebenarnya saya amat malu meratib nama Datuk Najib. Dia memalukan negara, bangsa dan agama. Malangnya dia sendiri tidak malu malahan berpura-pura seolah-olah dia teraniya termasuk oleh saya” katanya.

Dakwa Mahathir, Najib berharap rakyat Malaysia akan percaya bahawa dirinya tidak bersalah dan kononnya mangsa penganiayaan beliau dan musuh-musuh politiknya.

Katanya lagi, ada yang terpengaruh dan percaya dengan hal itu malah tampil mempertahankan Najib sehingga sanggup memanggilnya Boss dan mencium tangan Najib.

Najib perlu disekat.

“Najib masih tidak malu dan sedang berusaha untuk mendapat kembali kekuasaan politik. Dia percaya dengan memegang kembali kuasa politik, dia dapat lepas diri dari hukuman.”

“Dia perlu disekat kerana jika dia kembali berkuasa, ini bermakna negara akan dikuasaai dan ditadbir oleh seorang kleptokrat dari kluster mahkamah untuk disamun dan dirompak” tambahnya lagi.

Selain itu, Tun Dr Mahathir turut berkata beliau tiada dendam peribadi terhadap Datuk Najib, malah menambah adik Najib sendiri telah menemuinya meminta beliau lakukan sesuatu kerana wang berbilion telah hilang dan keadailan belum lagi dicapai terhadap jenayah yang dilakukan.

“Tan Sri Nazir menulis panjang lebar mengenai skandal 1MDB dan jenayah-jenayah yang dilakukan oleh abangnya. Tulisan Nazir disebabkan perasaan malu keluarganya begitu terserlah.” katanya.

Menutup surat keduanya kepada pengundi Johor, Tun Dr Mahathir berkata beliau akan terus meratib nama Datuk Najib atau sesiapa sahaja yang cuba untuk merosakkan negara dan menipu rakyat.

Pilihanraya Negeri Johor akan berlangsung pada 12 Mac ini.

Parti Pejuang yang ditubuhkan Dr Mahathir dijangka bergerak solo akan bertanding di 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan majoriti Melayu pada pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti. -Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.