Akaun Twitter pendedah kontroversi, Edisi Siasat telah disekat oleh Twitter malam tadi kerana “melanggar peraturan twitter”.
Menurut hantaran di akaun Telegramnya yang mempunyai 65, 207 pengikut, Edisi Siasat berkata perkara itu berlaku tidak sampai 24 jam selepas memb0ngkar kes berkaitan d@dah melibatkan anak seorang taikun di twitter.
“Mesti puak-puak ini sudah panas sangat sampai kene serang akaun Twitter ES. Tidak mengapa, Telegram Channel kan ada lgi. Ha Ha Ha” katanya di telegram.
Pada ciapan kelmarin, Edisi Siasat menaikkan laporan polis berkaitan penangkapan anak taikun tersebut beserta sekeping gambarnya sambil mempersoalkan mengapakah tiada pendakwaan dilakukan di bawah seksyen 39B Akta D@dah Berb@haya.
Edisi Siasat mendakwa kes itu telah diarah tutup oleh peguam negara ketika itu, Tommy Thomas,.
Menjawab hal terbabit, Tommy Thomas menafikan perkara itu.
Menerusi satu kenyataan, Thomas menjelaskan, beliau hanya mengurangkan dakwaan yang dikenakan terhadap anak Tan Sri Vincent Tan selepas pasukan peguam bela mengemukakan representasi bertulis agar dipertimbangkan semula keputusan pertuduhan.
Menurut Thomas, beliau mengurangkan pertuduhan selepas meneliti representasi dan kertas siasatan, mengkaji peruntukan undang-undang berkaitan dan perbincangan dengan pegawai kes.
“Seingat saya dalam kes ini, tertuduh iaitu anak kepada ahli perniagaan terkenal Vincent Tan dit@ngkap atas kesalahan d@dah dan did@kwa.“
“Seperti biasa dalam hal jen@yah, peguam yang mewakili tertuduh mengemukakan representasi bertulis kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mempertimbangkan semula keputusan pertuduhan. Surat ini dibawa ke perhatian saya, atas keputusan saya.”
“Menerima representasi daripada peguam dan tertuduh serta mengurangkan atau menggugurkan pertuduhan selepas itu adalah perkara biasa dalam AGC (Jabatan Peguam Negara),” katanya.
Berikutan itu, Edisi Siasat membalas pula kenyataan Tommy dengan mendakwa beliau menghidapi penyakit myth0mania iaitu suka berb0hong.
‘Tommy Thomas sudah dijangkiti penyakit mythomania menyebabkan dia suka berbohong” kata Edisi Siasat.
Akaun twitter itu mendakwa anak taikun itu hanya dituduh kerana positif ganja dan tidak pernah dituduh di bawah seksyen 39B ADB.
Ini merupakan kali ketiga akaun Edisi Siasat disekat oleh twitter. -Buletin TTKM-