ANIMAS nafi calon Muda terlibat produksi animasi KeluangMan dan Anak2 Sidek.

Putrajaya, 22 Feb : Persatuan Animasi Malaysia, ANIMAS menafikan artikel Sinar Harian yang melaporkan calon Muda N50 Bukit Permai, Azrol Hj. Rahani, 41 tahun adalah antara tulang belakang pasukan animasi Anak-anak Sidek dan Keluang Man.

Dalam satu kenyataan, ANIMAS memetik Azhar Saad yang lebih dikenali sebagai Art Saad, pelukis papan cerita Keluang Man dan Pelantun Suara Tiong Man sebagai berkata kelibat calon Muda tersebut tidak pernah dilihat di studionya.

Pengerusi Animas, Amir Hamzah Hashim atau lebih dikenali sebagai Ibnukaduk Amier yang dihubungi Buletin TTKM berkata sejak malam tadi beliau dihubungi oleh rakan-rakan animasi yang memohon dakwaan itu disahkan.

“Sehingga setakat ini, kami masih belum menjumpai kesahihan kenyataan beliau.” kata Amir.

Amir yang juga pengasas studio animasi Keluang Man dan bekerja sehingga studio ditutup pada tahun 2001 turut berkata tidak mengenali calon Muda itu.

“Team produksi ke dua pula ditubuhkan pada 2001-2003 juga tidak ada penglibatan beliau. Team Anak-Anak Sidek juga gagal menjumpai identiti beliau.

Kami tidak pasti, bagaimana kenyataan mengenai tulang belakang produksi itu dijadikan modal politik beliau.” tambahnya.

Sementara itu, Azhar Saad yang lebih dikenali sebagai Art Saad, pelukis papan cerita Keluang Man dan Pelantun Suara Tiong Man berkata kelibat calon Muda tersebut tidak pernah dilihat di studionya.


“Jangankan tulang, sisa pun kami tak pernah nampak kelibat beliau di studio kami” kata Azhar Saad.

Dihubungi Buletin TTKM, Azhar Saad mengesahkan perkara tersebut.

“Saya terlibat secara rasmi sejak bermula tertubuhnya Keluangman dari tahun 1997 hingga 2000. Saya salah seorang Team yg terlibat secara langsung dengan produksi tersebut. Tidak pernah tahu nama Azrol ini” katanya.

Sementara itu, bekas animator Keluang Man yang juga merupakan salah seorang pengundi DUN Permai, Johor Abd Rahman Mohamad menegur anak Muda supaya jujur berbicara.

“Anak Muda perlu jujur berbicara” katanya.

Rata-rata penggiat animasi menyuarakan kebimbangan mengenai perkara ini.

“Anak muda jangan terjun ke lembah penipuan” ujar Sham Along bekas animator Keluang Man yang kini menjawat Setiausaha ANIMAS.

Mengenai produksi Anak-anak Sidek pula, Salim Salleh , salah seorang yang mengetuai produksi animasi itu pula berkata beliau tidak pernah mengenali bakal calon Muda tersebut.

Untuk rekod, produksi animasi tersebut dilakukan pada tahun 1997.

Sekiranya calon Muda tersebut yang kini berumur 41 tahun terlibat, ini bermakna pada tahun itu beliau berumur 16 tahun, bersekolah tingkatan 4.

Buletin TTKM sudah menghubungi Azrol Hj. Rahani untuk mendapatkan respon beliau mengenai dakwaan terbabit. -Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: