PRN Johor: Video pemimpin PN dihiburkan tarian menggiurkan wanita seksi tular.

Video menunjukkan pemimpin Perikatan Nasional dihiburkan dengan tarian menggiurkan beberapa wanita seksi dalam satu makan malam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin tular di media sosial.

Majlis tersebut yang turut dihadiri ahli perniagaan cina dan pemimpin komuniti dihadiri lebih kurang 800 orang menurut laporan Malaysiakini.

Antara ahli perniagaan yang terlibat adalah taikun, Tan Choon Hwa, yang merupakan pengerusi eksekutif TCH Resources Group yang dimiliki keluarga.

Pada projektor skrin raksasa, terpapar nama tetamu antaranya Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Dato’ Seri Hamzah Bin Zainuddin dan Dr Doominic Lau.

Pada satu meja makan panjang menghadap pentas, beberapa ahli perniagaan cina duduk bersama pemimpin Perikatan Nasional itu termasuk Ketua Armada, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal.

Di belakang mereka pula tetamu yang duduk di 80 meja bulat dijamukan makan malam masakan cina.

Tarian wanita-wanita seksi itu berlatar belakangkan muzik Candyman dan Ain’t No Other Man oleh Christina Aguilera, “Pump it” oleh Bond dan “Upside Down” oleh Paloma Faith.

Pada satu ketika, penari-penari itu menunjukkan bahagian belakangnya kepada penonton sambil menggoyangkan dada dan pinggulnya.

Ketika penari-penari tersebut selesai mempersembahkan tarian mereka, semua hadirin memberikan tepukan gemuruh termasuk pemimpin Perikatan Nasional.

Video yang lebih panjang dinaikkan portal Malaysiakini di laman youtube:

Sementara itu, setiausaha eksekutif Perikatan Nasional, Saiful Adil yang dipetik The Star berkata acara tersebut dianjurkan oleh komuniti cina tempatan.

“Ia bukan dianjurkan oleh Perikatan Nasional dan pemimpin Perikatan Nasional hadir di sana kerana dijemput. Malah persembahan tersebut ditaja oleh penganjur” kata Saiful dalam satu kenyataan.

Pilihanraya negeri Johor akan diadakan pada 12 Mac dan acara tersebut dilihat pengkritik sebagai usaha untuk mendapatkan sokongan dari pengundi cina -Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.