“Majlis menari ala b0gel hidang kepada pemimpin muslim”: Penganjur perlu mohon maaf – Ustaz Khairuddin

Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus, Ustaz Khairuddin Aman Razali mendesak penganjur yang menghidangkan majlis tari menari ‘ala bogel’ kepada pemimpin politik muslim supaya memohon maaf.

Beliau yang merupakan mantan setiausaha Majlis Syura Ulama PAS berkata, majlis seumpama itu juga bercanggah dengan nilai ketimuran dan masyarakat Malaysia.

“Pada saat rakyat berhadapan dengan musibah dan rakyat diajak untuk bermunajat memohon keampunan kepada Allah agar dilepaskan daripada musibah Covid-19, apa yang berlaku mengguris sedikit perasaan rakyat.

“Perlu segera tampil membuat permohonan maaf rasmi kepada rakyat kerana ia juga menjejaskan nama rakan kerjasama politik pada saat kempen pilihan raya sedang hangat,” katanya dalam satu hantaran di laman facebooknya hari ini.

Tambahnya lagi, teguran itu walaupun pahit dibuatnya agar masyarakat dapat menilai prinsip Perikatan Nasional yang jelas berkaitan Islam.

Semalam, video pemimpin Perikatan Nasional (PN) disajikan dengan persembahan tarian oleh beberapa wanita berpakaian seksi pada satu majlis makan malam tular di media sosial.

Majlis di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin di Johor Bahru itu turut menyaksikan kehadiran ahli-ahli perniagaan dan pemimpin masyarakat Cina dan dihadiri lebih kurang 800 orang.

Antara tetamu kehormat ialah Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dan Presiden Gerakan Dominic Lau.

Ketua Armada PPBM, Wan Fayshal turut dilihat duduk pada meja yang sama.

Walaupun pada skrin raksasa, jawatan Muhyiddin Yassin dinyatakan sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara, beliau dilihat memakai pakaian berwarna biru dengan tulisan Perikatan Nasional pada bahagian belakang bajunya.

Untuk rekod, PAS merupakan salah satu daripada parti komponen PN. Tiada kenyataan dari presiden PAS setakat ini mengenai isu terbabit. -Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.