Lirik lagu “Pelukan Angkasa” SOG serap elemen akidah kebatinan (New Age), dakwa Ustaz Ahmad Ikram

Lirik lagu Pelukan Angkasa oleh kumpulan SOG dan Shila Amzah yang menjadi juara pada Anugerah Juara Lagu malam tadi didakwa menerapkan elemen ajaran akidah kebatinan New Age.

Dakwaan itu dibuat oleh Ustaz Ahmad Ikram dalam satu hantaran di facebooknya selepas ditanya mengenai lirik lagu tersebut melalui satu tangkap layar yang dikongsikan.

May be an image of text
Ehsan FB Ustaz Ahmad Iqram.

“Setelah mendapat mesej ini saya mula mencari liriknya dan dibaca lirik lagu tersebut memang sukar difahami secara zahir. Tetapi bila dibaca dengan kaca mata akidah kebatinan (New Age) maka akan dapat difahami dengan jelas apa yang cuba dimaksudkan.”

“Setelah saya meneliti lirik tersebut dengan menterjemahkan beberapa perkataan yang sinonim dengan ajaran kebatinan seperti Universe (semesta / angkasa).” katanya.

Beliau mendakwa antara  teras akidah kebatinan yang jelas dapat difahami dalam lirik lagu itu adalah:

1) eleman menyatu dengan alam (wahdah-panentisme),
2) Cinta yang membebaskan (universal oneness),
3) Menyedari dari khayalan (mendapat gnosis-jnana dari segala maya/ilusi),
4)Bebaskan radiasi meluluh lumat batin (samadhi).

Video ehsan TV3:

Persembahan SOG dan Shila Amzah, Video ehsan TV3

Menutup hal itu, katanya perkara sedemikian sebenarnya tidak pelik kerana akidah “sebegini disebar melalui lagu kerana kita telah melihat beberapa lagu yang terkenal di alam melayu ni turut melakukan perkara yang sama.”

Dihubungi Buletin TTKM, Ustaz Ahmad Iqram turut berharap supaya penulis lirik lagu tersebut memberikan respon balas terhadap dakwaan yang dibuat.

“Sangat cantik jika penulis lirik turut respon balas. Supaya saya boleh balas secara terperinci yang dimaksudkan elemen new age pada lirik tu nanti.” katanya.

Buletin TTKM sudah menghubungi penulis lirik lagu tersebut, Fazleena Hishamuddin dan sedang menunggu maklum balas dari beliau.

Untuk rekod, Ustaz Ahmad Iqram merupakan penulis buku bertajuk “Tersesat Kebatilan New Age” yang diterbitkan pada tahun 2021.

Setakat ini, hantaran tersebut mendapat 358 perkongsian dengan 384 tanda suka dan 233 emoji ketawa dan hangat diperdebatkan di ruang komen.

Lagu Pelukan Angkasa nyanyian kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah mencipta kejutan apabila mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Kuala Lumpur (PWTC), malam tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan lagu pemuzik ‘underground’ itu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi bersalut emas.

Lagu ini mula disiarkan menerusi saluran Youtube rasmi SOG pada 18 September 2019.

Ia menjadi runut bunyi bagi filem KL Vampires yang ditayangkan pada 14 November 2019.

Lagu ini juga dimuatkan dalam album ketiga SOG berjudul Second Voyage -Buletin TTKM-

Berikut merupakan lirik penuh lagu tersebut:

Bulan purnama terangi rinduku yang sayu

Terbangkan kesumat rasa resah jiwa yang membelenggu

Langit gelita sematkan bintang di dadamu

Biar menyala jadi unggun yang membakar kalbu

Angin bersiul

Bersiul hembus

Menghembus luka

Dingin menusuk

Menusuk meratah rongga

Pangkulah aku wahai semesta

Katakan cinta itu membebaskan

Peluklah aku wahai angkasa

Hangatkan tubuhku di alam khayalan

Terik suria suluh logika rohku yang gelap

Bebaskan radiasi meluluh lumat batinku yang terseksa

Kalian takkan mampu

Mampu memecahkan bongkah ini

Rangkul tanganku

Kita bersatu lawan dunia

Pangkulah aku wahai semesta

Katakan cinta itu membebaskan

Peluklah aku wahai angkasa

Hangatkan tubuhku di alam khayalan

Dua jiwa dua dunia

Ingin mengecap damai bahagia

Tahukah bahawa cinta itu satu dosaHahPangkulah aku wahai semesta

Katakan cinta itu membebaskan

Pangkulah aku wahai semesta

Katakan cinta itu

Katakan cinta itu

Peluklah aku wahai angkasa

Hangatkan tubuhku di alam khayalan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.