“Undi Pejuang sebab calonnya bersih rasuah, tolak penyamun!”: Surat ke 5 Tun kepada pengundi Johor

Oleh: Tun Dr Mahathir.

Surat Kepada Pengundi Johor

Pilihan saudara dan saudari bukan sekadar menentu siapa yang akan memerintah Johor tetapi akan menjadi kayu pengukur hala tuju politik Negara di dalam pilihanraya mum yang akan datang.

Perkara utama yang saya tekan ialah menentang rasuah dan menolak parti yang dipimpin oleh perasuah, penyamun dan yang tidak amanah.

Ada yang memandang remeh isu rasuah dan menganggap ia tidak sepenting isu untuk meneruskan kehidupan seharian.

Saya setuju meneruskan kehidupan yang stabil amat penting tetapi jika dipilih Kerajaan perasuah, penyalahguna kuasa dan penyangak, kestabilan negara tidak akan tercapai.

Empayar-empayar Islam dan bukan Islam yang maha hebat dahulu telah jatuh kerana pemimpin pemimpinnya perasuah atau tidak menyekat amalanrasuah di kalangan pentadbir dan pegawainya.

Rasuah ini seperti api di dalam sekam yang tidak kelihatan sangat kerosakan pada permulaan, tetapi apabila ianya menjadi nyata, ia sudah terlambat untuk diselamat.

Perjuangan melawan perasuah-perasuah, penyamun-penyamun dan penyangak-penyangak bukan untuk yang muda sahaja.

Selagi ada hayat perjuangan in mesti diteruskan.

Parti Pejuang ditubuh untuk menentang penjenayah dari kembali berkuasa kerana sudah tentu budaya buruk mereka, seperti tidak tahu malu akan pengaruhi Kerajaan mereka.

Pengundi Johor yang telah tolak perasuah dan penjenayah pada PRU 14 (2018), yang telah bersihkan negara tentu akan sambung perjuangan mereka yang mulia.

Dalam usaha ini jalan yang terbaik ialah dengan mengundi calon Pejuang yang bersih dari rasuah dan latar belakang yang buruk.

Masa depan Johor dan Malaysia ditangan pengundi yang menolak wang dan sayang kepada bangsa.



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version