Rasmi : BN menang besar sapu 40 kerusi DUN Johor

JOHOR BAHRU, 12 Mac -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad ketika hadir ke Command Centre Barisan Nasional (BN) di Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor malam ini. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Barisan Nasional menang besar pada pilihanraya negeri Johor semalam dengan mendapat 40 kerusi, melebihi 2/3 majoriti menurut keputusan rasmi dari Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

UMNO menyumbang 33 kerusi diikuti MCA dengan 4 kerusi menakala MIC dengan 3 kerusi.

Kemenangan ini bermakna BN berupaya memerintah Johor tanpa sokongan dari Perikatan Nasional.

Untuk rekod, BN sebelum ini hanya mempunyai 16 kerusi dan memerintah Johor dengan bantuan 12 kerusi dari Perikatan Nasional.

Sementara itu, Pakatan Harapan dan rakan gabungannya memperoleh 13 kerusi. DAP dengan 10 kerusi manakala satu kerusi masing-masing diperoleh PKR, MUDA dan Amanah.

Parti-parti lain yang gagal memenangi sebarang kerusi pula adalah Pejuang, Warisan, Parti Bangsa Malaysia dan Parti Sosialis Malaysia.

Pemilih berdaftar yang mengambil bahagian dalam pilihanraya negeri ini berjumlah 2,597,742 pengundi.

Keputusan penuh:

Kerusi BN:
Buloh Kasap (Umno)
Pemanis (Umno)
Kemelah (MIC)
Tenang (Umno)
Bekok (MCA)
Bukit Pasir (Umno)
Gambir (Umno)
Serom (Umno)
Bukit Naning (Umno)
Sungai Balang (Umno)
Semerah (Umno)
Sri Medan (Umno)
Yong Peng (MCA)
Semarang (Umno)
Parit Yaani (Umno)
Parit Raja (Umno)
Senggarang (Umno)
Rengit (Umno)
Machap (Umno)
Layang-layang (Umno)
Mahkota (Umno)
Paloh (MCA)
Kahang (MIC)
Tenggaroh (MIC)
Panti (Umno)
Pasir Raja (Umno)
Sedili (Umno)
Johor Lama (Umno)
Penawar (Umno)
Tanjung Surat (Umno)
Tiram (Umno)
Permas (Umno)
Larkin (Umno)
Kempas (Umno)
Kota Iskandar (Umno)
Bukit Permai (Umno)
Benut (Umno)
Pulai Sebatang (Umno)
Pekan Nanas (MCA)
Kukup (Umno)


Pakatan Harapan dan sekutu:
Jementah (DAP)
Tengkak (DAP)
Bentayan (DAP)
Penggaram (DAP)
Mengkibol (DAP)
Johor Jaya (DAP)
Stulang (DAP)
Perling (DAP)
Skudai (DAP)
Senai (DAP)
Simpang Jeram (Amanah)
Bukit Batu (PKR)
Puteri Wangsa (Muda)


Perikatan Nasional:
Bukit Kepong (Bersatu)
Maharani (PAS)
Endau (Bersatu)

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version