Ustaz Khairuddin at Takiri keluar PAS

Kuala Lumpur, 14 Mac: Anggota Parlime Kuala Nerus, Ustaz Khairuddin Aman Razali mengumumkan permohonan berhenti daripada menjadi ahli PAS.

Beliau yang juga dikenali sebagai Ustaz Khairuddin At-Takiri berkata surat telah dikemukakan kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, mengikut perlembagaan PAS.

“Merujuk kepada perlembagaan PAS, fasal 15 (1) (a) keberhentian ahli dengan permintaan sendiri dan (2) seorang ahli bolehlah memaklumkan keberhentiannya dari menjadi ahli PAS dengan bersurat kepada setiausaha agong.

“Maka dengan ini saya Mohd Khairuddin Aman Razali pemegang nombor keahlian PAS 313899 memohon untuk berhenti daripada  menjadi ahli PAS,”

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS atas peluang menjadi ahli sejak 1989 lagi ketika berumur 16 tahun selama 33 tahun dalam PAS dan seterusnya menjawat pelbagai jawatan kepimpinan sejak tahun 1999 bila saya pulang dari belajar di Jordan”

Beliau berkata demikian sebentar tadi pada satu sidang media di parlimen.

Katanya lagi, beliau akan menyerahkan semua elaun bulanan sebagai ahli parlimen pada waktu berbaki sehingga PRU ke 15 kepada PAS sebagai memenuhi baiah ( ikrar) yang dibuat ketika bertanding pilihanraya ke 14 lepas.

Jawatan terakhir beliau di dalam PAS adalah setiausaha majlis syura Ulama.

Pada 11 Februari, Khairuddin digugurkan dari jawatan tersebut oleh PAS Pusat berikutan masalah disiplin menurut presiden parti, Tuan Guru Tan Sri Hadi Awang.

Pada 12 Januari , bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu digugurkan sebagai AJK Pas selepas kira-kira dua bulan dilantik memegang jawatan itu.

Mohd Khairuddin sebelum ini tersingkir ketika pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas bagi sesi 2021-2023 yang dijalankan ketika Muktamar Tahunan Pas Ke-67 pada 7 November lalu. -Buletin TTKM-

Video Ehsan FB TUst Khairuddin at Takiri.

https://www.facebook.com/drtakiri/videos/540457943987501

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.