Punca Pejuang kalah teruk : “Terlalu tumpu kepada isu rasuah” – Tun M

Setelah 5 hari berdiam diri selepas kekalahan memalukan parti Pejuang pada Pilihanraya negeri johor sabtu lepas, akhirnya pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir muncul pada satu sidang akhbar petang tadi.

Katanya, punca parti Pejuang kalah teruk dan hilang deposit di kesemua 42 kerusi yang ditandinginya pada pilihanyara negeri itu adalah kerana terlalu memberi tumpuan kepada isu rasuah ketika berkempen dan gagal menangani isu penting bagi pengundi seperti pengangguran.

‘Kita tumpu kuat untuk membanteras rasuah, sehingga kita kurang menekan masalah yang dihadapi oleh rakyat, seperti pengangguran, tidak cukup dan tiada makanan, ada dihalau dari rumah kerana gagal membayar sewa. Perkara ini tidak diberikan penekanan sepatutnya. Ini juga menyebabkan pengundi tidak tertarik dengan hujah kita berkenaan dengan rasuah” katanya.

Selain itu, katanya pilihanraya yang diadakan dalam jangkamasa yang pendek tidak memberi peluang yang banyak untuk membuat persiapan.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga berkata kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada pilihanraya negeri Melaka, Sarawak dan Johor adalah tidak baik bagi negara.

“Mereka sepatutnya tidak jadi kerajaan kerana mereka datang dari parti yang jelas terlibat dengan jenay@h yang besar yang meros@kkan negara kita. Kita tak tahu sama ada mereka akan betulkan diri mereka tetapi besar kemungkinan mereka tidak dapat elak daripada bergantung keapda rasuah untuk mengekalkan diri mereka.” katanya.

Tambahnya lagi, oleh sebab itu ada kemungkinan pemulihan negara tidak dapat dicapai dan selama-lamanya negara akan dimiliki dan diperintah oleh per@suah.

” Mereka akan mengguna kuasa kerajaan untuk mengekalkan diri mereka. ” katanya.

Mengenai hala tuju parti disebalik kekalahan teruk tersebut, Tun Mahathir berkata kepimpinan parti telah sebulat suara bersetuju akan meneruskan perjuangan.

Untuk rekod, sebelum ini presiden parti, Datuk Seri Mukhriz berkata punca kekalahan teruk Pejuang adalah kerana logo parti tersebut kurang dikenali.

“Kami parti yang didaftarkan tidak sampai tujuh bulan, logo kami tidak dikenali ramai,” kata Mukhriz.

Pada perkembangan yang sama, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu hantaran di facebooknya menyindir Tun Dr Mahathir berhubung punca kekalahan teruk Pejuang.

“Punca bukan logo ke?” tulis Najib ringkas.

Tun Dr Mahathir ketika kempen pilihanraya negeri lepas menulis 5 pucuk surat kepada pengundi Johor merayu undi di laman facebooknya.

Barisan Nasional memenangi 2/3 majoriti kerusi pada pilihanraya negeri itu dengan mendapat 40 kerusi dari 56 kerusi dewan undangan negeri. -Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.