Kit Siang umum bersara politik

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini mengumumkan persaraannya dalam dunia politik.

Katanya, beliau tidak akan bertanding untuk sebarang jawatan dalam kongres DAP kali ini, serta di mana-mana kerusi Parlimen dan DUN di masa akan datang.

Beliau yang juga ahli parlimen Iskandar Puteri itu membuat pengumuman tersebut di kongres DAP yang diadakan di Ideal Convention Centre (IDCC) di Shah Alam, hari ini.

“Saya mengambil peluang ini untuk mengumumkan persaraan saya daripada politik. Saya menarik diri dari bertanding pilihan jawatankuasa pusat hari ini  – sila padamkan no 39 dari senarai calon jawatankuasa pusat anda. 

“Saya juga tidak akan bertanding dalam pilihan raya parlimen atau negeri di masa hadapan,” katanya.

Untuk rekod, Kit Siang menjadi ahli DAP selama 56 tahun lalu dan merupakan mus0h ketat Tun Dr Mahathir.

Keduanya kemudian bekerjasama untuk menumbangkan Barisan Nasional pada piliban apabila parti Bersatu yang ketika itu dipengerusikan Tun Dr Mahathir menjadi parti komponen Pakatan Harapan.

Lim pada kempen pilihanraya kecil Sandakan mei 2019 berjanji akan bersara dari politik sekiranya Tun Dr Mahathir tidak menunaikan janji untuk menyerahkan kuasa pada Anwar.

Tun Dr Mahathir pada Februari 2020, selepas 22 bulan menjadi Perdana Menteri mengumumkan peletakan jawatan ekoran langkah Sherston menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang sekali gus menggagalkan impian Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Sejak itu, Lim Kit Siang ditroll warganet kerana gagal menunaikan janjinya untuk bersara.- Buletin TTKM –

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.