Lim Kit Siang seorang hero, patriot dan negarawan sebenar – Syed Saddiq

Presiden parti Muda, Syed Saddiq menyifatkan Lim Kit Siang sebagai seorang hero sebenar rakyat Malaysia, patriot dan negarawan.

Beliau berkata demikian di status facebooknya berhubung pengumuman ahli politik veteran DAP itu untuk bersara dari politik.

Syed Saddiq turut berterima kasih kepada Lim Kit Siang di atas perkhidmatan hampir 60 tahun yang katanya akan terus memberi inspirasi generasi akan datang.

Pada pilihanraya negeri Johor yang lepas, parti Muda yang dipimpin Syed Saddiq menjalinkan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan terutamanya DAP.

Malah, Syed Saddiq merupakan pencadang kepada Liew Chin Tong, calon DAP di DUN Perling.

Pengkritik melihat ada kemungkinan Syed Saddiq mengintai parlimen Iskandar Puteri yang diwakili Lim Kit Siang berhubung keputusan PRN Johor yang menyaksikan dua DUN di bawah Muar yang tidak berpihak kepada Pakatan Harapan, rakan strategik Muda. – Buletin TTKM –

Hantaran penuh Saddiq:

“A true Malaysian hero, patriot and statesman for all Malaysians regardless of race and religion.

Thank you for close to 60 years of service.

Your commitment to a Malaysia for all Malaysians has and will continue to inspire generations to come.

Happy retirement.

Thank you Lim Kit Siang (林吉祥) “



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version