Hentam isu persekolahan baru tanpa usul periksa, ‘ustaz selebriti’ disekolahkan netizen


Seorang ustaz selebriti yang juga merupakan ahli akademik di sebuah universiti awam disekolahkan netizen berhubung kritikannya berhubung pelan tindakan persekolahan yang dibuat tanpa usul periksa.

Ahli akademik tersebut dalam satu hantaran di laman facebook dan instagramnya dengan meletakkan wajah Dr Radzi Jidin, mempersoalkan sama ada beliau masih lagi menteri pendidikan kerana dikatakan lama menghilang kerana menurutnya, ramai ibu bapa bertanyakan mengenai apakah rancangan tindakan persekolahan anak-anak.

Tangkap layar hantaran di facebook.
Tangkap layar hantaran di instagram.


“Dah nak masuk bulan April 2022, Apa plan tindakan persekolahan anak-anak kita? Kaedah masih macam musim PKP lagi? Sampai bila nak buat penjadualan macam ini? Anak-anak mengeluh sebab tak faham belajar secara dalam talian” kata ahli akademik tersebut.

“Mohon segerakan solusi dan mohon kurangkan berpolitik di musim Rakyat sedang Susah” katanya lagi.

Di ruangan komen, Buletin TTKM mendapati ustaz tersebut ‘disekolahkan’ oleh warganet, ini berikutan penerangan mengenainya sudah dibuat pada 5 mac 2022 yang lalu.

Video penerangan oleh menteri pendidikan di laman facebooknya:

“Ustaz tak baik tau. Menteri sendiri dah keluarkan SOP untuk sekolah lebih 600 orang murid ada penggiliran. Untuk yang kurang tiada penggiliran. Untuk skeolah menengah 4hb baru mula bersemuka nak habiskan SPM dulu. Kita ibu bapa nak jaga anak yang beberapa orang ni pun dah pening apatah lagi menteri” komen Zura Mole.


“Park untuk tunggu bila post ini akan dipadamkan. Biasa kita diajar siasat dulu atau tabayun. ni Mungkin kena hack” komen Mohd Marwan Nur Anuar.


“Pelik saya baca post ustaz pagi ni” komen Sharul Safuan.


“Tak baik cakap macam tu, ada je dia buat penumuman khas kali terakhir di TV, mungkin ustaz je tak mengikuti. Anak saya hari ini dah masuk sekolah pun. “Public Figure” kalau nak post apa-apa kena hati-hati, takut dalam post kita buat orang lain bertelagah.. maaf ye kalau saya salah ayat, It’s just my two cents worth” komen Qaysara Qaymelia.


“Penerangan telah diberikan baru-baru ini, ustaz ter’miss’ la tu. warga guru semua seia maklum” komen Nurul Aintay.


“Maaf, rasanya baru ni dia maklum sudah mengenai sesi baru dan cara baru. Cuba tengok semula dalam page dia” komen Wan Luqman.


“Ustaz terlepas pandang ni, cuba cek balik” kata Nrliyana.


Hantaran ustaz selebriti itu yang mempunyai lebih 900k followers kini tidak dapat diakses dipercayai dipadamkan.


Pada perkembangan yang sama, Menteri pendidikan, Dr Radzi Jidin kesal dengan kritikan melulu terhadapnya oleh ahli akademik tersebut.


Berkongsikan satu hantaran yang dikaburkan penulisnya, Dr Radzi berkata hantaran tersebut pun kini telah diedit dan akhirnya dipadamkan.


“Mungkin penulis telah sedar akan kesilapan di dalam penulisan beliau. Saya doakan yang terbaik kepada penulis.” kata Dr Radzi Jidin.


Beliau berharap perkara sebegitu menjadi pedoman kerana menurutnya “menimbulkan prasangka itu mudah bila fakta tidak diendah. “


Sementara itu, Unit Komunikasi Radzi Jidin pada satu ciapan di twitter berkata penerangan mengenai pembukaan sekolah untuk penggal 1 2022/2023 telah dibuat pada 3 minggu lalu.


“Kita ni nak balun hentam pun fikir dulu. Sia-sia kena sekolah dengan netizens dekat ruangan komen. Buat malu je. 3 minggu lepas lagi kenyataan penuh @Dr Radzi Jidin ni dia buat untuk persediaan buka sekolah untuk ibu bapa, guru dan murid.Dan berita pun semua dah keluar. Buat malu je . So dengar cerita siap delete post? Aduh. Lagi malu. Last2 point untuk menteri.”

Pada perkembangan yang sama, Buletin TTKM sudah menghubungi ahli akademik terbabit dan sehingga kini beliau masih belum memberi maklum balas. -Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.