Kempen “Malu Apa Bossku” adalah senjata biokimia, umpama virus Corona- Taikun Lee

Taikun Tan Sri Lee Kim Yew dalam surat aduan keduanya kepada Datuk Abdul Ghani, pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, berkata kempen “Malu Apa” adalah umpama senjata biokimia yang menjangkiti otak dan minda rakyat tua dan muda yang sihat, sama seperti virus Corona.

“Sebaik sahaja ia tersebar dan penyebaran terlalu tinggi, sistem perubatan kita akan runtuh. Sama juga sekiranya kempen “malu apa” berjaya pada setiap pilihanraya, tidak akan ada cukup ruang penjara dan sistem keselamatan akan runtuh di masa hadapan.” katanya.

Oleh itu, beliau mendesak supaya kempen “Malu Apa” dihentikan dengan apa cara sekalipun.

“Tanpa rasa malu, bagaimana guru-guru atau ibu bapa hendak mengajar anak-anak mereka?” soalnya.

Terdahulu, beliau mengulangi dakwaannya bahawa kempen Malu Apa adalah bertentangan dengan ajaran islam, dan oleh itu ia melanggari perlembagaan persekutuan seterusnya ia perlu dihukum dan diumumkan sebagai haram oleh SPR.

“Seperti apa yang disebut oleh Nabi Muhamad S.A.W, ” setiap agama memiliki akhlak dan akhalak Islam adalah malu ( Haya). Oleh itu, sesiapa yang melibatkan diri dalam kempen “Malu Apa”, karakter orang itu sangat dipersoalkan dan posisinya sebagai seorang Islam sebenar diragui. “

Pada pilihanraya negeri johor lepas, Tan Sri Lee Kim Yew dilihat berkempen bersama-sama Tun Dr Mahathir di Ayer Hitam, meminta pengundi komuniti Cina supaya mengundi Pejuang, parti diasaskan oleh bekas perdana menteri 22 bulan itu.

Pejuang mengalami kekalahan memalukan apabila tewas dan hilang deposit di kesemua 42 kerusi yang ditandingi manakala Barisan Nasional pula mendapat 40 kerusi, melebihi 2/3 majoriti di dewan undangan negeri. -Buletin TTKM-

Berikut merupakan surat penuh Tan Sri Lee Kim Yew:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.