Jeti kayu berharga RM50k: Netizen troll JKR Sarawak.

Laman facebook Komunikasi Korperat JKR Sarawak ditroll warganet gara-gara menaikkan hantaran menunjukkan gambar majlis penyerahan projek jeti kayu dengan berharga RM50,000.

Jeti tidak mempunyai railing.

Menurut laman facebook itu, tempoh mula projek tersebut adalah pada 07 Mac 2022 dan siap lebih awal daripada jadual iaitu pada 01 April 2022.

“Jeti ini dibina untuk menggantikan jeti lama yang telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi.”

‘Projek RTP DUN N.71 Bekenu, Bina Baru Jeti Kampung Mutap merupakan salah sebuah projek di bawah seliaan JKR Miri dengan kos projek berjumlah RM50,000.00. Skop kerja bagi projek tersebut adalah pembinaan jeti 1m lebar x 15m panjang” kata hantaran tersebut.

Menurut papan tanda projek, agensi pelaksana jeti itu adalah Jabatan Kerja Raya Sarawak, bahagian Miri manakala kontraktor adalah Bukit Balat Company.

Pemerhatian Buletin TTKM di bahagian komen menunjukkan rata-rata netizen mentroll JKR Sarawak kerana berpendapat harga projek tersebut tidak setimpal dengan harga RM50,000.

“Terbaik Kerajaan Negeri Sarawak…sepatutnya kalau dilihat project ni saya rasa rm 100,000 tapi dapat dijimatkan rm 50,000 terbaikk.. sayang abang jo” komen Aiman Shaz.

“Kos tu belum termasuk upah..kalau.masuk upah mau 500k ni” sindir Kiko Miaw.

Syafiq Affendi Mahalley pula berpendapat sekiranya ditambah railing, barulah cukup harganya sejuta.

“Tambah railing kayu sikit.. Baru cukup sejuta.” komen Syafiq.

Komen dari Mohamad Faizul pula menyindir dengan berkata kemungkinan kayu yang digunakan adalah dari planet Asgard.

(Untuk rekod, Asgard adalah planet yang didiami oleh watak fiksyen Thor, keluaran Marvel. -Editor)

“Betul la tu.Kayu dari planet Asgard. Paku pula ditempa mnggunakan besi audotrumintium di turunkan khas dari alam bunian bukit Broga. Tenaga kerja pula didatangkan khas oleh buk peri dari banjaran Crocker ketahanan dijangka smpai kiamat. Korang apa tau” komen Faizul.

Komen Duan Zan juga tidak kurang lucunya.

“Mungkin tangga yang hujung itu masih jauh ke dalam. Terus ke alam di sebalik maya. Pakai niat sahaja mana mau pergi, terus sampai” komen Duan.

Sementara itu, Arpiezz Rpiez pula memberi komen jirannya memberitahu perkara berbeza.

“Walaupun Rupa begitu, bahannya hebat. Kayu belian ni.Patut mahal.Selebihnya kos menyelam. Jiran sebelah rumah bagi tau”

Hantaran tersebut setakat ini mendapat 1400 reaksi ketawa dan lebih 1500 perkongsian.

Untuk rekod, jeti tersebut terletak dalam DUN Bekenu yang diwakili oleh YB Datuk Rosey Yunus dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, yang merupakan parti komponen Gabungan Parti Sarawak. -Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version