Nazlan disiasat- SPRM

New High Court judge Mohd Nazlan Mohd Ghazali at the elevation of judges at Palace of Juctice in Putrajaya. MOHD SAHAR MISNI/The Star

Putrajaya, 23 April: Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali disiasat berhubung dakwaan wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya.

Mengesahkan hal tersebut, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki berkata, kertas penyiasatan telah dibuka apabila laporan dibuat.

“Ya, kita telah memulakan siasatan. Prosedurnya adalah untuk menyiasat setelah laporan rasmi dibuat.

“Kita buka kertas penyiasatan kerana terdapat beberapa laporan dibuat, bukan kerana dakwaan dibuat dalam portal atau media sosial” katanya seperti dipetik The Star.

Mohd Nazlan merupakan hakim yang mensabitkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Walau bagaimanapun, Azam enggan mendedahkan sama ada pegawainya akan mencari dokumen atau memanggil individu untuk disoal siasat.

“Siasatan masih di peringkat awal. Pegawai saya akan membuat keputusan semasa siasatan dijalankan,” katanya.

Pada 19 April , laman Malaysia Today yang dikendalikan oleh blogger dalam buangan, Raja Petra Kamaruddin mendakwa Mohd Nazlan sedang disiasat berhubung wang berjumlah RM1,036,127.40 yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya.

Artikel tersebut mendakwa wang tersebut dimasukkan ketika Mohd Nazlan merupakan penasihat undang-undang dan setiausaha kumpulan Maybank.

Berikutan itu, pada 21 April, Mohd Nazlan telah membuat laporan polis terhadap blog tersebut menafikan dakwaan dan menyifatkan ia sebagai berniat jahat, tidak berasas dan bertujuan untuk mencemarkan kredibilitinya sebagai hakim.

Dalam satu kenyataan, Pejabat ketua pendaftar Mahkamah Persekutuan berkata laporan polis itu dibuat supaya siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan peruntukan undang-undang lain yang berkaitan, dapat dijalankan.

Pada 14 Mac 2022, peguam yang mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdulah berkata sepatutnya Nazlan menarik diri daripada mendengar kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapi Datuk Seri Najib Razak berikutan dakwaan berhubung peranan Mohd Nazlan dalam pinjaman dana oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada Maybank bagi pengambilalihan Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd (Tanjong).

Beliau menegaskan, Mohd Nazlan yang ketika itu hakim Mahkamah Tinggi sepatutnya mendedahkan jawatan terdahulunya pada 2012, iaitu selaku setiausaha syarikat dan ketua penasihat undang-undang kumpulan Maybank.

Berikutan itu, Muhammad Shafee berkata pihaknya akan memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk mengemukakan bukti baharu berhubung perkara terbabit. -Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version