“Kita melompat demi rakyat, bah!” – Mohammadin Ketapi

Gambar Berita Harian.

Lahad Datu, 9 Mei: Ahli parlimen Lahad Datu, Datuk Mohammadin Ketapi tidak bersetuju dengan  Rang Undang-Undang RUU Antilompat Parti dan berkata ia tidak wajar dilaksanakan dan tidak munasabah untuk dibahaskan.

Jelasnya,  setiap individu mempunyai hak kebebasan bersuara dan memilih seperti di negara maju yang lain.

“Wakil rakyat ini berhijrah ke lain parti untuk memperkembang dan menyelesaikan masalah rakyat. Kalau pemimpin macam kita ini melompat demi rakyat, bah.
“Kalau di negara lain, ini (soal) bercakap tentang hak kebebasan dan sebagainya. Kita di Malaysia ini pun bercakap pasal hak kebebasan dan sebagainya. Tetapi orang berhijrah demi kepentingan rakyat dan negara dihalang dan (isunya) dibentangkan,” ujar beliau dipetik Astro Awani.
Untuk rekod, Mohammadin merupakan antara salah seorang wakil rakyat dari Parti Warisan, menyertai Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) pada November 2021 setelah parti Warisan gagal membentuk kerajaan  pada pilihanraya negeri sabah pada tahun sebelumnya.
Kerajaan Sabah ketika ini adalah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan BN di mana  GRS terdiri dari Parti Pribumi Bersatu (Bersatu)  Sabah, STAR Sabah, PBS dan SAPP manakala ketua menterinya adalah Datuk Hajij dari Bersatu.
Dalam pada itu, beliau pula bersetuju untuk diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) pada bila-bila masa dan keputusan itu, menurutnya, terpulang kepada Perdana Menteri.
Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undang Negeri Segama turut mempertimbangkan untuk bertanding dalam PRU akan datang jika permintaan masih tinggi dan kondisi kesihatan mengizinkan.
Beliau sebelum ini mendapat kecaman pelbagai pihak ketika kempen pilihanraya sabah 2020 kerana mendakwa pandemik Covid-19 dan pencerobohan Lahad Datu adalah satu sandiwara dimana beliau tentera hanya menyerang ayam dan anjing. -Buletin TTKM.



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: