Masalah air dan jalanraya Kelantan, sampai bila PAS nak tuding jari?

Oleh : Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Isu air dan jalan Kelantan ni kita kena adil. Kena akui memang ada diskriminasi oleh kerajaan pusat pada penggal pertama pemerintahan PAS di Kelantan. Tapi sejak pentadbiran Pak Lah dan DS Najib, isu anaktiri ini sebenarnya dah tak berapa relevan.

Contohnya dakwaan konon lebuhraya LPT 3 ini lulus zaman PN. Ini semua benda batil untuk justify ikatan politik baru. Hakikatnya LPT3 di Kelantan itu telahpun ada dalam RMK-11. RMK-11 ini dilancarkan tahun 2016. Takkan 2016 PN dah memerintah?

Itu tak kira lagi lebuhraya Central Spine Road (CSR) yang disambung ke Kelantan hampir 60km.

Atau kelulusan pembinaan ECRL termasuk tambahan saat akhir sambungan ke Rantau Panjang serta pembinaan pelabuhan Tok Bali.

Anak tiri sangat ke saudara-saudara?

Kedua isu air. Betul dah Kelantan ini dianaktiri zaman Mahathir. Tapi kenapa nak hukum UMNO secara keseluruhan?

Nak beritahu, Kelantan ini adalah negeri ke 8 yang dapat manfaat penstrukturan air yang dimulakan zaman Pak Lah. Sesetengah negeri BN termasuk Pahang dan Perlis sendiri tak merasa ketika itu.

RM56 juta hutang negeri Kelantan akhirnya dihapuskira apabila perjanjian ditandatangani tahun 2016. Siapa PM tahun 2016?

Kemudian, hutang projek air Kelantan pula distrukturkan balik. Sehinggakan bayaran bulanan berkurangan daripada RM3.3 juta kepada RM1.55 juta. Makna kata, hasil perjanjian tahun 2016 ini kerajaan Kelantan boleh jimatkan RM21 juta setahun. Boleh digunakan untuk projek-projek bekalan air skala kecil.

Kemudian, zaman PM kluster mahkamah itulah, akhirnya dibuat pelbagai projek bekalan air untuk Kelantan. Termasuklah pembinaan Loji Rawatan Air Kampung Telok dan penggantian sebahagian paip-paip usang (daripada 4000 km paip yang sepatutnya diganti)

Ini bukan saya sahaja cakap. Benda ini sendiri pernah dipuji oleh Dr Zuhdi Marsuki, Setpol Menteri Air dan Alam Sekitar pada tahun lepas

Betul semua ini masih tak cukup untuk menggantikan ketidakadilan kepada Kelantan pada tahun 1990-an. Tapi kita ini adil sangat ke sampai membutakan mata ke atas setiap bantuan dan perubahan?

Malu sangat dah ada kuasa Pusat dan Negeri tapi masih tuding jari kepada orang. Sedangkan rakyat hanya mahukan penyelesaian

Kerajaan kenalah tetapkan sasaran akhir bila semua masalah ini boleh selesai. Kemudian laksanakan langkah-langkah sementara untuk mengurangkan masalah sebelum segala sistem boleh berjalan sempurna.

Kerja kerajaan adalah menyelesaikan masalah. Bukan mengkritik dan salah-menyalah

Itu kerja pembangkang. Kot nak bersedia jadi pembangkang balik saya tak tahu lah. – Buletin TTKM


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM – Editor

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.