Bainun menangis teresak-esak lihat Bella dan anak jagaan

KUALA LUMPUR – Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali gagal menahan sebak ketika melihat enam anak jagaannya yang hadir dalam sesi pengecaman prosiding kes menganiaya remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun dikenali Bella di Mahkamah Sesyen di sini

Tiga remaja termasuk Bella serta tiga kanak-kanak berusia empat dan tiga tahun hadir dalam sesi tersebut.

Seorang remaja perempuan kelainan upaya yang dikenali sebagai Bella 13, hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi mengikuti perbicaraan kes penderaan terhadap dirinya, di sini hari ini.- Gambar Utusan.

Bainun dilihat tidak dapat menahan perasaan dan mula menangis teresak-esak apabila cuba mengintai anak-anak jagaannya kerana terhalang oleh tirai  di sepanjang proses pengecaman yang melibatkan tiga orang saksi berkenaan berlangsung selama kira-kira 20 minit.

Manakala seorang daripada kanak-kanak itu juga dilihat cuba memegang tangan Siti Bainun namun terhalang oleh penghadang plastik yang menempatkan tertuduh lapor Berita Harian.

Esakan pengasas Rumah Bonda itu kedengaran kuat setiap kali kanak-kanak tersebut di bawa masuk ke dalam mahkamah untuk dicamkan oleh ketiga-tiga saksi.

Untuk rekod, kali terakhir Siti Bainun melihat anak-anak jagaannya itu adalah pada 14 Julai tahun lepas.

Pada ketika itu, salah seorang peguam Siti Bainun, Asiah Abdul Jalil  merapati tertuduh dan berkata sesuatu kepadanya, lapor Malaysia Gazzette.

Bainun  dilhat  menggelengkan kepala sambil mengesat air mata.

Daripada keterangan saksi, Bella hadir memakai baju berwarna biru dan bertudung kelabu dengan bunga berwarna merah jambu.

Sebelum itu peguam bela Siti Bainun, Nur Aminahtul Mardiah Md Nor berhujah  menggunakan Seksyen 265A Kanun Prosedur Jenayah bagi membantah penggunaan tirai berkenaan kerana ia menghalang kanak-kanak terbabit melihat tertuduh.

Katanya, menurut akta tersebut, pihak pendakwaan perlu membuktikan penggunaan tirai itu adalah perlu bagi melindungi kanak-kanak berkenaan.

Beliau juga menegaskan adalah penting untuk mahkamah melihat reaksi pertemuan antara kanak-kanak dan Siti Bainun tanpa penggunaan tirai.

“Saya mohon tirai dibuka bagi pihak pembelaan diberikan peluang untuk mencatatkan reaksi anak-anak ketika melihat Siti Bainun bagi keadilan kepada semua pihak.

“Di bawah Seksyen 265A tidak ada sebarang pembuktikan yang telah saya katakan tadi telah diberikan oleh pihak pendakwaan,” katanya.

Nur Aminahtul Mardiah berkata, bagi membolehkan ia dilaksanakan, pihak pendakwaan boleh meminta mahkamah agar galeri awam dikosongkan.

Nu Aminatul(kanan) bersama Siti Bainun menuju ke kamar mahkamah.

Bagaimanapun Hakim Izralizam Sanusi berpendapat tirai berkenaan tidak perlu dialihkan kerana prosiding yang dijalankan hanyalah proses pengecaman oleh saksi-saksi terbabit ke atas kanak-kanak berkenaan.

Untuk rekod, Siti Bainun sebelum ini memohon  bagi menadapatkan semula hak penjagaan terhadap anak-anak tersebut yang diletakkan dibawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM ) selepas Rumah Bonda disita.

Walau bagaimanapun, mahkamah majistret memutuskan penolakan terhadap semua permohonan tersebut.

Siti Bainun kemudian memfailkan saman terhadap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memohon agar rumah perlindungannya yang terletak di Setapak dibuka semula.

Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur melalui Siti Bainun selaku plaintif memfailkan saman pemula itu di Mahkamah Majistret di sini melalui firma guaman, Tetuan Asiah Abd. Jalil Chambers pada 7 Jun lalu.

Plaintif menamakan Pengarah JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) sebagai defendan tunggal. Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 22 Jun ini.

Siti Bainun mendakwa tindakan Lak yang dibuat atas alasan Rumah Bonda tidak berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan adalah tidak berasas, tidak adil dan tidak mengikut proses pentadbiran kerana pada sepanjang JKMWPKL mengetahui Rumah Bonda dalam proses pendaftaran.

Pada 20 April lalu, Rumah Bonda telah menerima notis tawaran kompaun berjumlah RM5,000 daripada JKM WPKL mengikut Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994 (Pengkompaunan Kesalahan) di bawah Seksyen 21A dan Seksyen 24 Akta Pusat Jagaan 1993. Bayaran kompaun tersebut telah dilunaskan pada 25 April lalu.

Bagaimanapun, Pegawai Penguatkuasa JKM WPKL telah memaklumkan kepada Siti Bainun walaupun kompaun telah dibayar, Rumah Bonda hanya boleh dibuka semula atas perintah mahkamah sahaja.

Disebabkan perintah penutupan itu masih lagi berkuatkuasa, Siti Bainun mendakwa pihaknya tidak boleh menjalankan kerja-kerja amal yang lain seperti penyediaan makanan bagi gelandangan dan pusat bank makanan.

“Dah setahun premis Rumah Bonda di Jalan Kukuban, Setapak tersebut di-lak. Sewa RM2,800 sebulan tetap perlu dibayar kepada pemilik premis, tetapi Pertubuhan Rumah Bonda tak boleh akses langsung premis tersebut, walaupun untuk tujuan lain selain rumah perlindungan.” Kata peguamnya, Asiah Abd Jalil.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

 

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.