Melaka : Dato’ Lokman Adam, Presiden Laskar Siber Malaysia dan YB Sen Dato’ Sri Ali Mohamad, Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu malam tadi membuat laporan polis terhadap bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran dakwaan menerima sogokan berjumlah RM1.3 juta dari syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) di Balai Polis Sungai Udang.
“Di mahkamah tinggi Shah Alam hari ini, satu bukti baru telah didedahkan dimana Tan Sri Muhyiddin Yassin telah disahkan oleh seorang lelaki bernama David Tan Siong Sun, bekas pengurus pentadbirak UKSB, telah menerima sumbangan dana politik sebanyak RM1.3 juta daripada UKSB pada tahun 2018 ketika beliau merupakan menteri dalam negeri.
“Selain Muhyiddin, 5 nama ahli politik lain iaitu YB Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Rizal Naina Merican, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien, Datuk Seri Shafie Apdal, dan Datuk Seri Anifah Aman turut disebut sebagai mereka yang ada kaitan dalam penerimaan dana politik daripada UKSB. ”
Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Seri Zahid Hamidi, iaitu datuk Ahmad Zaidi Zainal, David Tan mendedahkan bahawa Muhyiddin telah menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM300, 000 yang pertama pada 4 Jun 2018. ”
Masa ni dia belum masuk hospital, jadi jangan temberanglah. ”
RM500, 000 pada 4 Julai 2018, masa ini juga dia belum masuk hospital. ”
Dan RM500, 000 pada 23 Ogos 2018. ” kata Lokman.
Lokman menegaskan supaya pihak polis menyiasat Tan Sri Muhyiddin ekoran pada tarikh dimana berlakunya sogokan itu, bekas perdana menteri itu mendakwa beliau berada di Singapura.
“Kalau ikut artikel yang saya berikan pautan, jelas membuktikan pada masa itu dia sudah berada di Malaysia” katanya.
“Pihak polis perlu menyiasat adakah pendakwaan keatas Datuk Sri Zahid Hamidi bersifat pendakwaan bermotifkan politik, berniat jahat dan pendakwaan terpilih. Kenapa penerima dana politik lain dari UKSB tidak didakwa? Imej sistem perundangan negara tercalar teruk hari ini dengan pendedahan yang jelas membuktikan bahawa ketidakadilan jelas telah berlaku disini.” tambahnya lagi.
Terdahulu, Muhyiddin dalam satu kenyataan di laman facebooknya menafikan ada menerima sebarang sogokan dan menyifatkan kenyataan yang dibuat di mahkamah tinggi adalah palsu.
Tambah Muhyiddin, beliau pada ketika tarikh berlakunya sogokan itu berada di sebuah hospital di luar negara untuk menjalani rawatan pembedahan kanser dan tugasannya sebagai menteri dalam negeri pada ketika itu diambil alih oleh Tun Dr Mahathir. – Buletin TTKM-
Kenyataan penuh Lokman Adam:
“LAPORAN POLIS TERHADAP TAN SRI MAHIADDIN MD YASIN YANG TELAH MENERIMA RM 1.3 JUTA DARI UKSB BAGI MELULUSKAN PENYAMBUNGAN KONTRAK VISA LUAR NEGARA