Dakwaan sogokan RM 1.3 juta dari UKSB: Lokman buat laporan polis terhadap Muhyiddin

Melaka : Dato’ Lokman Adam, Presiden Laskar Siber Malaysia dan  YB Sen Dato’  Sri Ali Mohamad, Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu malam tadi membuat laporan polis terhadap bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran dakwaan menerima sogokan berjumlah RM1.3 juta dari syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) di Balai Polis Sungai Udang.

“Di mahkamah tinggi Shah Alam hari ini, satu bukti baru telah didedahkan dimana  Tan Sri Muhyiddin Yassin telah disahkan oleh seorang lelaki bernama David Tan Siong Sun, bekas pengurus pentadbirak UKSB, telah menerima sumbangan dana politik sebanyak RM1.3 juta daripada UKSB pada tahun 2018 ketika beliau merupakan menteri dalam negeri.

“Selain Muhyiddin, 5 nama ahli politik lain iaitu YB Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Rizal Naina Merican, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien, Datuk Seri Shafie Apdal, dan Datuk Seri Anifah Aman turut disebut sebagai mereka yang ada kaitan dalam penerimaan dana politik daripada UKSB. ”

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Seri Zahid Hamidi, iaitu datuk Ahmad Zaidi Zainal, David Tan mendedahkan bahawa Muhyiddin telah menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM300, 000 yang pertama pada 4 Jun 2018. ”

Masa ni dia belum masuk hospital, jadi jangan temberanglah. ”

RM500, 000 pada 4 Julai 2018, masa ini juga dia belum masuk hospital. ”

Dan RM500, 000 pada 23 Ogos 2018. ” kata Lokman.

Lokman menegaskan supaya pihak polis menyiasat Tan Sri Muhyiddin ekoran pada tarikh dimana berlakunya sogokan itu, bekas perdana menteri itu mendakwa beliau berada di Singapura.

“Kalau ikut artikel yang saya berikan pautan, jelas membuktikan pada masa itu dia sudah berada di Malaysia” katanya.

“Pihak polis perlu menyiasat adakah pendakwaan keatas Datuk Sri Zahid Hamidi bersifat pendakwaan bermotifkan politik, berniat jahat dan pendakwaan terpilih. Kenapa penerima dana politik lain dari UKSB tidak didakwa? Imej sistem perundangan negara tercalar teruk hari ini dengan pendedahan yang jelas membuktikan bahawa ketidakadilan jelas telah berlaku disini.” tambahnya lagi.

Terdahulu, Muhyiddin dalam satu kenyataan di laman facebooknya menafikan ada menerima sebarang sogokan dan menyifatkan kenyataan yang dibuat di mahkamah tinggi adalah palsu.

Tambah Muhyiddin, beliau pada ketika tarikh berlakunya sogokan itu berada di sebuah hospital di luar negara untuk menjalani rawatan pembedahan kanser dan tugasannya sebagai menteri dalam negeri pada ketika itu diambil alih oleh Tun Dr Mahathir. – Buletin TTKM-

 

Kenyataan penuh Lokman Adam:

LAPORAN POLIS TERHADAP TAN SRI MAHIADDIN MD YASIN YANG TELAH MENERIMA RM 1.3 JUTA DARI UKSB BAGI MELULUSKAN PENYAMBUNGAN KONTRAK VISA LUAR NEGARA

Saya hadir ke Balai Polis Sungai Udang, Melaka hari ini untuk membuat satu laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin.
Di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, satu bukti baru telah didedahkan dimana Tan Sri Mahiadin disahkan oleh David Tan Siong Sun, bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, telah menerima sumbangan dana politik sebanyak RM1.3 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) pada tahun 2018 ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negari.
Selain Mahiaddin, lima nama ahli politik lain iaitu YB Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Anifah Aman turut disebut.
Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Sri Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Ahmad Zaidi Zainal, David Tan mendedahkan
Mahiaddin menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM300,000 pada 4 Jun 2018, RM500,000 pada 4hb Julai 2018 dan RM500,000 pada 23hb Ogos 2018 berdasarkan buku lejar UKSB.
David Tan yang menjadi saksi pendakwaan ke-17 kes melibatkan Presiden UMNO itu mendedahkan bahawa kod nama ‘TSM’ dalam lejar UKSB ialah Tan Sri Mahiaddin Md Yassin., manakala ‘Team Pagoh’ adalah nama projek.
David Tan turut mengakui bahawa projek diperolehi UKSB adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri. David juga didedahkan, Khairy Jamaluddin yang menggunakan kod samaran “Alamak” menerima RM3.7 juta daripada UKSB, Reezal Merican, Menteri KPKT sekarang pula menerima diantara RM200,000 hingga RM300,000.
Peguam Datuk Sri Zahid
Datuk Ahmad Zaidi ketika menyoal balas David Tan turut mengatakan, nama Reezal Merican dan Hishammuddin ada dalam laporan analisa kes Cawangan Forensik Serta Teknologi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Manakala nama Menteri Pertahanan, Presiden Warisan, Shafie Apdal serta Anifah Aman yang turut ada dalam fail lejar UKSB dikatakan menerima dana melakui orang tengah dan kod nama samaran.
Pendedahan hari ini membuktikan bahawa Presiden UMNO dan teman-teman UMNO lain yang tidak tunduk dengan kehendak Mahathir dan Mahiaddin telah dianiaya. Pihak polis perlu menyiasat kenapa Latifah Koya dan Peguam Negara Kerajaan Pakatan Harapan memberikan definasi yang berbeza mengenai “DANA POLITIK” terhadap Ahli Politik Pro Mahathir/Mahiaddin berbanding Ahli Politik UMNO tulin. Datuk Sri Zahid yang menerima sumbangan politik Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) ditafsir sebagai menerima Rasuah, manakala yang diterima oleh Mahiaddin dan sekutunya KJ, Hishamuddin, Reezal Merican, Shafie Afdal dikira sebagai sumbangan dana politik. Ini jelas double standard!
Pihak polis perlu menyiasat adakah pendakwaan keatas Datuk Sri Zahid Hamidi bersifat pendakwaan bermotifkan politik, berniat jahat dan pendakwaan terpilih. Kenapa penerima dana politik lain dari UKSB tidak didakwa? Imej sistem perundangan negara tercalar teruk hari ini dengan pendedahan yang jelas membuktikan bahawa ketidakadilan jelas telah berlaku disini.
Saya juga mohon pihak Polis menyiasat samaada Tan Sri Mahiaddin berbohong atau tidak bila mengatakan beliau berada di Hospital Singapura ketika tarikh dana tersebut diserahkan. Ini adalah kerana, berdasarkan rencana dibawah, beliau dipercayai telah kembali ke Malaysia kerana tarikh mula bercuti beliau adalah dari 12hb Julai, 2018 hingga 6hb Ogos, 2018.”



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: