Kaca retak sejak 2018: RapidKL janji tukar secepat mungkin selepas ditularkan TTKM

Kaca sebuah tingkap yang retak sejak tahun 2018 di sebuah surau dalam stesen LRT Bandar Kinrara masih belum ditukarkan sehingga ke hari ini.

Perkara tersebut disedari seorang pengunjung, encik Haikal  yang menunaikan solat zohor di surau berkenaan semalam.

“Pada cermin yang retak itu, ada satu pelekat tertera maintenance notice yang ditampal sejak tarikh 27 Mei 2018. Takkanlah selepas 4 tahun pun tak ada cermin gantian?” kata Haikal ketika dihubungi Buletin TTKM.

Tambahnya lagi, perkara itu membahayakan kerana kaca itu berkemungkinan pecah dan jatuh ke bawah dan menimpa sesiapa.

Gambar kaca tersebut dinaikkan di laman facebook TTKM dengan kapsyen ” Cermin pecah di surau LRT Bandar Kinrara sejak 2018 sehingga kini belum ditukar. Takkan nak tukar cermin ni pun tak ada duit Rapid KL @prasarana ?” mendapat pelbagai reaksi lucu warganet.

 

“Pelekat tu dah menahan cermin tu dari pecah.. ” komen Pezol. 

“Nak kena mesorat dulu, pas tu kena buat kertas keja utk tender lak, lagi pun cermin tu cuma retak jer ” komen Annuar Mat Azit. 

“Gilo.. tukar cermin pun ambil masa 4 tahun.. cermin kalis peluru tu min.” komen Arafi Arbain.

“Audit forensik dulu min. Kot2 payment dah keluar , kerja x siap” komen Faa FArid. 

Sejam selepas hantaran itu dinaikkan laman facebook Rapid KL memberikan komen dan berkata “sedang berusaha untuk mempercepatkan penukaran cermin berkenaan dengan kadar segera.”

 

Isu penyelenggaraan stesen RapidKL di bawah Prasarana dipersoalkan pelbagai pihak sejak kebelakangan ini berikutan pembaikan beberapa eskolator mengambil masa yang lama. -Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: