Penutupan kelab Crackhouse : Pensyarah dekonstruksi berita bias Malaysiakini

Dekonstruksi berita Malaysiakini

Ini laporan Malaysiakini tentang arahan penutupan sementara kelab komedi Crackhouse. Arahan ini susulan komedi menghina agama.

Tangkap layar tajuk berita Malaysiakini


Beberapa aspek laporan ini menunjukkan bias dan ideologi Malaysiakini.

1. Perhatikan pemilihan kata “brouhaha”. Brouhaha bermaksud reaksi yang berlebih-lebihan, tidak perlu, dan tidak padan dengan kejadian kecil. Critical fuss to something, menurut kamus Collins. Unnecessary criticism, menurut kamus Longman. A broil over a minor or ridiculous cause, menurut Dictionary.com.

Pemilihan kata ini adalah cara Malaysiakini editorialise, atau nyatakan pendirian.

2. Perhatikan generalisasi “comedians”. Pelawak dalam bentuk plural. Gambarannya, semua pelawak bantah tindakan terhadap kelab komedi tersebut. Dalam Utusan Malaysia hari ini, Shahrol Shiro setuju kelab komedi ini ditutup. Berita Malaysiakini pilih pendapat beberapa pelawak yang sama ideologi.

Generalisasi “comedians” dan pemilihan sumber berita berideologi sama adalah cara Malaysiakini membingkai berita. Media bukan sahaja melaporkan, WHAT to think about. Media juga membingkai berita, HOW to think about an issue.

3. Perhatikan penggunaan komentar FB Afdlin Shauki sebagai fokus berita. Media boleh memilih reaksi orang awam (vox pop) terhadap penutupan kelab berkenaan. Media juga boleh memilih reaksi ribuan pengkritik Afdlin Shauki. Ada media melaporkan, “Bangkang kelab komedi ditutup, pelawak Afdlin Shauki dikritik”.

Pemilihan pendapat minoriti seperti Afdlin Shauki menunjukkan bias Malaysiakini. Mengkritik tindakan autoriti dan membela kelab komedi bagi Malaysiakini ada nilai berita. Slogan Malaysiakini ialah “News and views that matter”. Maka pendapat minoriti ini matters. Sentimen majoriti yang menjadi sasaran komedi berkenaan immaterial. Tidak penting. Setakat ini tiada dilaporkan. Ruangan komen berita Malaysiakini tersebut penuh sindiran dan kutukan terhadap tindakan autoriti. Ini satu lagi teknik pembingkaian berita – apabila kutukan ini dibiarkan tanpa tapisan.

4. Perhatikan caption berita. Perumpamaan kolam renang Afdlin Shauki ditonjolkan. Mesej perumpamaan ini disokong menerusi pendapat pelawak-pelawak yang dipilih Malaysiakini.

Afdlin samakan penutupan kelab komedi dengan penutupan kolam renang sekiranya perenang guna steroid. Ini falasi false comparison. Steroid perenang tiada mudarat kepada orang awam. Tiada unsur hasutan atau hinaan. Kolam renang adalah analogi salah. Kelab komedi dalam kes ini adalah enabler. Hinaan pula tidak dihalang, dibiarkan sampai ke hujung. Beberapa video stand-up kelab ini yang sedang tular turut mengandungi unsur menghina. This warrants investigation. The closure is justified.

Pemilihan elemen seperti caption berita menunjukkan etika media. Dalam kes kelab komedi ini, norma etika yang sepatutnya dipatuhi ialah Social Responsibility (maslahat awam lebih penting daripada kebebasan berkomedi), The Categorical Imperative (utamakan apa yang boleh diterima masyarakat terbanyak) dan Utilitarianism (utamakan apa yang boleh memanfaatkan masyarakat terbanyak).

#mediaLiteracy


Penulis merupakan pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media di UiTM dan artikel ini adalah pendapat peribadi beliau dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM – Editor.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.