Crackhouse beroperasi tanpa lesen hiburan, DBKL keluarkan surat tunjuk sebab

Kelab Komedi Crackhouse telah beroperasi selama ini hanya dengan lesen restoran dan tanpa lesen hiburan, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Jalaluddin Alias.

Premis di Taman Tun Dr Ismail yang terletak di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu hanya mempunyai lesen restoran, katanya.

“Mereka perlukan kedua-duanya. Jadi mereka pasti melanggar syarat-syarat itu,” katanya ketika dihubungi akhbar The Star.

Jalaluddin berkata DBKL akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pengendali kelab berkenaan hari ini (Selasa) dan Crackhouse perlu menjawab dalam masa 14 hari.

“Mereka boleh merayu dalam masa 14 hari dan memohon untuk lesen hiburan, dan perkara ini adalah terletak di bawah bidang kuasa jawatankuasa perlesenan DBKL

“Saya akan menyerahkan (hal ini) kepada jawatankuasa untuk menyiasat sama ada lesen sekarang ini telah disalahgunakan” tambahnya.

Operasi kelab komedi itu digantung sejak Ahad lalu susulan siasatan ke atas satu klip video tular yang dikritik pelbagai pihak kerana dikatakan mengh1na Islam.

Dalam video tersebut,  seorang wanita  bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk Al-Quran lalu  menanggalkan pakaian yang menutup auratnya itu  dan mempamerkan pakaian yang mencolok mata.

Wanita tersebut ditahan pada Ahad dan direman selama 3 hari. Manakala pasangannya seorang lelaki ditahan semalam, turut direman 3 hari .

Siasatan dilakukan  di bawah Seksyen 298A Kanun Kes3ksaan ( atas alasan agama menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permus0han, benci-membenc1 atau niat jah@t) dan  juga Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia iaiatu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

Dalam perkembangan yang sama, beberapa video oleh ahli komedi berdiri  lain, Rizal van Geyzal  lain menjadi tular di media sosial kerana dikatakan mempermainkan isu perkauman dan agama.

“Saya pergi ke sekolah kerajaan, dan adakah anda tahu apa yang mereka lakukan sebaik sahaja anda tiba di sekolah? Mereka asingkan anda mengikut agama bukan?

“Jika anda muslim, anda pergi ke pendidikan islam, jika anda bukan muslim, anda akan pergi ke neraka, bukan? Itu yang mereka beritahu saya.  Itu yang diberitahu kepada saya oleh ustaz dan ustazah di sekolah.”

“Eh kamu tidak tahu? Kawan cina dan india kamu masuk neraka.” kata Rizal Van Geyzal yang juga merupakan pengasas bersama kelab tersebut pada video itu.

@rizalvangeyzel

It’s just jokes by the way. Filmed at Crackhouse in 2017 for Funny Insyallah which got banned in KL. Or did it… #fyp #fypkl #tiktokmalaysia #standupcomedymalaysia #comedyclubkl #malaysianstandupcomedy #localomedy #crackhousekl #rizalvangeyzel #halallujah

♬ original sound – Rizal van Geyzel – Rizal van Geyzel

 

Setakat ini tiada sebarang maklum balas dari Rizal berhubung video beliau yang tular itu. -Buletin TTKM-

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.