Kuala Lumpur, 13 Julai: Seorang wanitamengaku tidak bersalah atas pertuduhan menimbulkan menyebabkan permus0han dan kebenc1an atas alasan agama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Wanita tersebut, Siti Nuramira Abdullah atau lebih dikenali sebagai Amy yang berasal dari Kuala Kangsar kemudian meminta agar dibicarakan atas pertuduhan tersebut.
Siti Nuramira didakwa melakukan kesalahan itu di kelab komedi Crackhouse semasa membuat persembahan komedi berdiri dengan mendakwa beliau menghafal 15 juzuk kitab suci Al-Quran lalu menanggalkan pakaian dan tudung yang dipakainya. Dia meneruskan persembahan dengan hanya memakai pakaian yang mencolok mata.
Dia yang mengenakan jaket hitam dan baju oren di mahkamah kelihatan tenang semasa pertuduhan dibacakan terhadapnya di depan hakim.
Siti Nuramira didakwa mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, kebenc1an permus0han, niat j@hat, atau menjejaskan keharmonian atau perpaduan, atas alasan agama.
Jika nanti didapati bersalah, dia boleh dihuk0m penjar@ sekurang-kurangnya dua tahun tetapi tidak melebihi lima tahun.
Mahkamah menetapkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu menyerahkan passportnya sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 18 Ogos untuk sebutan semula kes.
Sementara itu, teman lelaki beliau, Alexander Navin Vijayachandran atau dikenali sebagai Alex dikenakan dua pertuduhan.
Dia mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan berasingan di hadapan Hakim Azrul Darus.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh pada 5 Jun lalu memuat naik hantaran yang menyakitkan hati di akaun Twitter ‘greenleafyconnoiseur’ di pautan Instagram membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu dituduh membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang jelik sifatnya di aplikasi YouTube pada 16 Jun lalu di tempat yang sama dan melakukan kesalahan mengikut seksyen yang sama.
Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali. -Buletin TTKM-