Afdlin U-Turn: Kini sokong penutupan Crackhouse

Pelawak dan juga pelakon Afdlin Shauki yaag sebelum ini membantah tindakanĀ  pihak berkuasa menutup sementara kelab komedi Crackhouse kini membuat pusingan U dan menyatakan tidak lagi menyokong supaya kelab tersebut dibuka.

Perkara ini berikutan berdasarkan beberapa info-info terkini yang diterimanya mengenai perbuatan menghina agama dipentas lawak premis tersebut.

Beliau berkata demikian di laman facebooknya dengan menyertakan satu tangkap layar hantaran dari akaun instagram pengasas bersama Crackhouse Club House, Rizal Van Geyzel.

Hantaran tersebut memaparkan gambar seorang komediri, meminta bantuan seorang wanita muslim di barisan hadapan untuk membukakan tin birnya.

“Comedy is great. @Ahmed comedy while working new material, gets a Muslim girl in the front row to open his beer for him” tulis Rizal Van Geyzel pada hantaran itu.

(Hantaran itu kini tidak dapat diakses dipercayai dipadamkan sebaik sahaja dinaikkan semalam di laman facebook TTKM).

Tambah Afdlin lagi, walaupun hanya segelintir komediri melakukan perkara berkenaan, jika ianya berterusan akan menjadi barah.

“Perbuatan-perbuatan seperti di atas yang di banggakan membuat saya rasa jijik dan saya tak boleh lagi memberi sokongan kepada crackhouse comedy club!

Walaupun sokongan saya sebelum ni hanya bertujuan untuk kesinambungan rezeki pelawak-pelawak yang kebanyakkannya mempunyai lawak yang berkualiti dan tak menghina sesiapa. ” katanya.

Sementara itu, pemerhatian Buletin TTKM di bahagian komen rata-ratanya memberikan pujian kepada Afdlin.

“Sebab tu jangan sokong membab1 buta bro…netizen bising bersebab…ada video bukti semua ..tengok dulu lain kali….sebab tu nak mandi kolam jangan terus terjun..tengok dulu kot² ada tah1” komen Bang Cet.

“U turn ye Dato? Ada ciri2 menteri di masa hadapanĀ šŸ‘šŸ»šŸ‘” komen Shahril Ibrahim.

“Sebab semalam geng semboyan Dan ramai2 buat report… Samsol Pon turun sekali… Harini Kasi U-turn.” komen Bang Lat.

” Tak salah rasanya u-turn. Sebab seblum ni diaĀ  tak dipaparkan benda-benda macam ni. Setidaknya dia tidak tegakkan benang yang basah dengn bukti yang ada.”

Pada perkembangan yang sama, NGO Semboyan semalam membuat laporan polis terhadap Rizal Van Geyzel berhubung beberapa video-video komediri beliau yang dikatakan memperlekehkan dan mempersendakan agama islam serta orang melayu.

Pada 10 Julai lepas, Afdlin Shauki – yang juga ahli politik PKR – menyamakan langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menutup kelab Crackhouse sebagai menghukum sebuah kolam renang atas tindakan seorang perenang.

“Saya membangkang sekeras-kerasnya penutupan sementara Crackhouse Comedy Club oleh kerana perbuatan seorang open miker yangg bersalin pakaian atas pentas tempoh hari.

“Crackhouse merupakan tempat di mana banyak pelawak stendap baru mempelajari seni stendap ini. Open mike di buka kepada amatur yang ingin mencuba content mereka di khalayak ramai,” katanya pada hantaran di media sosial hari ini.

“Takkan kita tutup swimming pool pasal seorang peserta renang ambik steroid? Itu salah perenang bukan salah swimming pool,” kata Afdlin lagi.

DBKLĀ  menyatakan tindakan menutup premis tersebut adalah kerana kelab itu tidak memohon lesen hiburan, sebaliknya hanya beroperasi dengan lesen restoran.

“Mereka perlukan kedua-duanya. Jadi mereka pasti melanggar syarat-syarat itu,” kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Jalaluddin Alias.

Operasi kelab komedi ituĀ digantungĀ sejak Ahad lalu susulan siasatan ke atas satu klip video tular yang dipercayai menghina agama Islam.

Video berdurasi 54 saat itu tular di media sosial dan mendapat kritikan pelbagai pihakĀ  apabila seorang wanita yang bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk Al-Quran sebelum menanggalkan pakaian yang menutup aurat itu dan hanya meninggalkan pakaian yang mencolok mata.

Wanita tersebut bersama teman lelakinya telah didakwa berasingan di mahkamah semalam. -Buletin TTKM-

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.