KUALA LUMPUR: Polis menahan pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse, di sebuah lokasi di ibu negara dan akan ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini.
Difahamkan, lelaki berkenaan akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman oleh pihak polis pagi esok menurut sumber Berita Harian.
“Tangkapan dan siasatan dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,” kata sumber tersebut.
Penahanan ke atas lelaki itu dilakukan susulan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya.
Semalam, Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia membuat laporan polis terhadap pengasas bersama Crackhouse Club House itu selain menggesa kelab tersebut ditutup.
Laporan itu yang dilihat Buletin TTKM dibuat berpandukan kepada “kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat yang dikeluarkan” oleh ahli komediri tersebut dalam dua video yang tular di media sosial.
“Di dalam video pertama yang berdurasi selama 1:12 minit semasa memakai t-shirt berwarna putih, beliau menyatakan dalam bahasa tamil (terjemahan berikut):
“Maafkan saya… ini adalah masa untuk kuota bumiputera.
Sekarang diminta semua untuk senyap.. hidup Melayu.
Tahu tak kenapa saya buat perembahan dalam bahasa tamil? Sebab saya suka perli orang Melayu.
Sini OK je.. sebab mereka tidak faham apa yang saya maksudkan.
Saya boleh buat persembahan dalam Bahasa Inggeris, tapi itupun mereka tidak boleh faham”
Manakala dalam video yang kedua berdurasi 0:23 saat, laporan polis tersebut menyatakan :
“Semasa memakai jaket berwarna biru beliau menyatakan dalam bahasa inggeris:
“You know how my Dad is like you know he made it tough for me growing up, trying to be a good muslim in Malaysia because they will tell me in school you know alchohol is haram…
“One drop of alchohol is haram. And then i would come back and finds my dad drinking tiger beer inside the house youknow.
“And I’m like “Dad what are you doing they say one drop of alchohol is Haram.
He”ll say “Son, don’t worry. You take that one drop put it somewhere else then the rest we drink la” .
Tambah laporan polis itu, kenyataan-kenyataan tersebut memperlekeh dan mempersendakan agama islam serta bangsa melayu, menghina kaum melayu dan bumiputra serta boleh mengakibatkan perpecahan serta rusuhan kaum, tidak menghormati sensitiviti umat islam dan bangsa melayu di Malaysia serta menghasut kaum lain di Malaysia supaya membenci Islam dan bangsa Melayu. Selain itu, kata laporan itu, ia juga bakal mengakibatkan kekeliruan seolah-olah menggambarkan arak tersebut boleh diminum selain daripada orang beragama bukan islam.
“Perbuatan tersebut juga menghina perkara 152 dan 153 perlembagaan Malaysia” katanya.
Mengakhiri laporan tersebut, Semboyan menggesa pihak PDRM supaya mengambil tindakan segera ke atas Rizal dan/atau individu-individu lain sebagai dalang di sebalik perkara ini dan menutup terus restoran tersebut supaya dapat mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaki dan tidak berulang hal yang sama pada masa hadapan.
Sementara itu, pihak Bukit Aman dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan dalam masa terdekat.
Semalam, Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Seri Jalaluddin Alias, dilaporkan berkata operasi kelab komedi terletak di Taman Tun Dr Ismail itu digantung sementara kerana didapati tidak mempunyai lesen hiburan sejak 2014 hingga 2017.
Katanya, pemilik premis berkenaan hanya diberikan lesen restoran dan minuman keras, tetapi tiada lesen hiburan.
“Mereka perlukan kedua-duanya. Jadi mereka pasti melanggar syarat-syarat itu,” kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Jalaluddin Alias.
Dalam pada itu, Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Pulau Pinang (GNIPP) semalam, membuat laporan polis terhadap pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse dan meminta pihak berkuasa menyiasat sama ada wujud unsur penyebaran dakyah liberalisme di kelab itu selama ini. -Buletin TTKM-