Netizen persenda hasrat UMNO Putrajaya piket bersama CEUPACS

Putrajaya, 10 Ogos: Hasrat UMNO Putrajaya yang dipengerusikan oleh Tengku Adnan untuk turun sama berpiket dengan CEUPACS bagi menuntut kenaikan gaji penjawat  awam disambut sinis oleh warganet.

Tinjauan Buletin TTKM di bahagian komen mendapati rata-ratanya netizen beranggapan tindakan tersebut dilihat tidak ikhlas kerana ia hanya timbul ketika pilihanraya umum hampir tiba, apatah lagi KuNan merupakan ahli parlimen Putrajaya, di mana sebahagian besar pengundi adalah penjawat awam.

Tambahan pula, UMNO merupakan salah satu parti komponen di dalam kerajaan yang memerintah ketika ini, malahan perdana menteri adalah dari parti tersebut.

“Macam-macam gil@ orang politik nak tarik perhatian. Yang pegang kerajaan sekarang kan kawan dia sendiri” komen Zulatfi Ruzaini.

“Adoinya! B@ngangnya kamu tu kerajaan! Kenapa kamu yang ikut berpiket. hhahaaaaa bodoh sangatkah warga malaysia ni sampai inipun tidak boleh beza?” komen Nurul Sakinah Odina.

“Aikk ?? Ameno nak berpiket ke ??? Sebelum ni bukan main hina lagi orang-orang yang berpikett. Ke takut tak dapat undi penjawat awam ? . Duduk dlm kerajaan pon nak berpiket ke ?? Matilanak hahahahahahahaha . . ” komen Cik Zue.

“Dan-dan pula nak serta..Dulu bukan main hina lagi orang yang berpiket nie. Orang Politik macam niela tuan puan.Silap-silap tah1 kita pun sanggup puak-puak ni tolong basuh.” komen Ariff Hanafi.

“Eleh..beriya…mentang-mentanglah putrajaya tu memang port penjawat awam..nak amik kreditlah tu….tak payah susah-susahlah…putrajaya tu memang menang BN punn…tengok PRU14 di tempat lain melingkop dah ” komen Apak Mad Areep.

Sementara itu, seorang facebookers dengan nama Chikyub Banradin pula memberi komen sinis berikut ” Kami orang kampung nak piket juga minta harga padi dan getah naik lagi. Ada kah CUEPACS nak sokong petani penoreh mcm kami.”

“Apa nak pelik..tu helah nak sokongan. Undi penjawat awam la tu. Maklumla pilihanaya dah dekat. Dah dapat jer undi tu esok..pepandai engkau lah labu… Ni helah yang dah reput,recycle jer.” komen Weldan Che Cob.

Pada 27 Julai lepas, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengesa kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebelum Parlimen dibubarkan atau berisiko berdepan protes jalanan daripada penjawat awam.

Presidennya, Adnan Mat berkata, cadangan untuk menaikkan gaji kakitangan awam Gred 19 kepada Gred 29 sudah banyak kali dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), namun tiada tindakan diambil.

“Jika gaji mereka tidak disemak sebelum Parlimen dibubarkan, CUEPACS bersedia untuk berpiket di Putrajaya bersama penjawat awam,” katanya.  -Buletin TTKM-

 

 

 

 

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: