Laman Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka hari ini telah memadam hantaran iklan temuduga terbuka jawatan kontrak MyStep yang menetapkan salah satu kelayakan pemohon adalah “sanggup bekerja lebih masa tanpa bayaran lebih masa”.
Satu hantaran iklan yang baharu dinaikkan jam 12.28 tengah hari tadi di laman tersebut, di mana kelayakan kontroversi pada item ke enam itu kini telah dibuang.
Tindakan tersebut dipercayai dilakukan kerana iklan asal yang dinaikkan 2 hari lepas menjadi tular dan menerima ratusan kecaman netizen di bahagian komen.
Sementara itu, pemeriksaan Buletin TTKM di bahagian komen laman facebook DBP mendapati rata-rata netizen memberikan komen menyindir jabatan kerajaan tersebut.
“Kerja yang lebih gaji tanpa kerja ada tak? Minta dua.” komen Mohd Shalihin Kechiks.

“Pulau Melaka Pulau Sentosa,
Syafika Nan Halim pula menjual dua rangkap pantun kepada DBP : ”
mendapati personel MySTEP “tidak layak dibayar Elaun Lebih Masa”. -Buletin TTKM-