Kisah benar Datuk VVIP di London

(Gambar sekadar hiasan)

Oleh : Amir Zain

Ada satu kisah benar. Sekumpulan VVIP berpangkat datuk-datuk melancong ke London bersama seorang bodyguard.

Sampai di sebuah hotel mewah, bodyguard ini uruskan check-in dengan menyerahkan dokumen booking kepada kaunter check-in.

Disebabkan ketika itu ialah peak season, pihak hotel memaklumkan perlu menunggu lagi 2 jam untuk siapkan bilik. Pihak hotel sedia maklum rombongan ini ada VIP, sampaikan GM hotel turun untuk memohon maaf.

“I have asked my staff to prioritize and expedite the VIP check-in first thing first” – kata GM tersebut dan beredar.

10 minit kemudian, pekerja hotel menyerahkan kunci bilik tetapi hanya bilik bodyguard ini sahaja yang tersedia. Pihak hotel jugak upgrade bilik suite kepada bodyguard ini. Manakala Datuk-datuk itu perlu tunggu lagi 2 jam.

Datuk-datuk ini tak puas hati dan demand memanggil semula GM tersebut. Apahal bodyguard dapat bilik dulu.

GM tersebut turun bersama staff dia yang buatkan check-in. Staff tersebut dimarahi kerana tak beri keutamaan kepada VVIP ini.

Staff hotel tersebut membalas:

“I thought the salutation of “Encik” is the VVIP. Because everyone else is “Datuk”. Too many Datuks and only 1 name is “Encik”. The one Encik must be the VVIP”.

Logiklah yang rare itulah VVIP.

Apakah nilai Datuk jika terlampau ramai jadi Datuk? Yang dianugerah pun ramai, yang beli, yang scam. Semua nak jadi Datuk. Maka itulah orang kita. Sampai ke London bawak pangkat Datuk-datuk ni.


Artikel ini adalah nukilan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM – Editor



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version