“Caprice nak saman, hantar surat. Tak sebut nama, kenapa terasa?” Pengerusi Mydin

PETALING JAYA – Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin  berkata pihaknya tidak ada menyebut nama Caprice atau ‘tag’ Caprice dalam ciapan twitter yang dipetik penyanyi rap, Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice, Kepris atau Topinasi.

“Kami (Mydin) tak ada sebut nama Caprice atau ‘tag’ Caprice dalam hantaran kami, kenapa dia nak terasa?”, soalnya sebagai mengulas tindakan Caprice yang mengancam untuk menyaman pihak Mydin Malaysia.

Tambah beliau lagi, pihaknya tidak membuat sebarang kesalahan dalam mana-mana ciapan dan hantaran yang dimuat naik di platform media sosial Mydin serta tiada sebarang unsur perlian atau menghina individu tertentu.

“Siapa makan cili, dia yang rasa pedas.

“Kalau betul Caprice nak saman, hantar surat saman kepada pihak kami, biar peguam saya nanti akan semakkan,” tambahnya.

Semalam, Caprice menerusi hantarannya di Instagram mengancam untuk menyaman Mydin sebanyak RM30 juta sekiranya tiada sebarang permohonan maaf daripada pihak tersebut dalam tempoh 24 jam susulan ciapan yang didakwa memalukan dirinya dan menyebabkan trauma berpanjangan.

“Kami akan meneruskan tindakan undang-undang dan berharap Mydin Malaysia akan mengeluarkan video permohonan maaf dan pampasan akibat hantaran melulu oleh jenama terkenal di ruang awam” kata Caprice di hantaran Instagramnya

Ciapan Mydin Malaysia yang dirujuk Caprice adalah seperti berikut:

 

Setakat ini, ciapan tersebut masih belum dipadamkan dan mendapat lebih 12k ulang ciap (retweet) selain 26.4k tanda suka. – Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.