Ciapan ” Cap dan Rice” : Caprice ancam saman Mydin RM30 juta

Kuala Lumpur, 20 Okt: Penyanyi rap Caprice, yang juga dikenali sebagai Kepris atau Topinasi mengancam akan menyaman pasaraya Mydin sebanyak RM30 juta berikutan ciapan Mydin yang didakwanya menyebabkan beliau mengalami malu.

Pada satu hantaran di akaun intagramnya, Caprice berkata akibat dari ciapan itu, berlaku penghinaan awam dimana beliau tidak lagi berasa selamat dan akan selamanya berasa trauma dari pembeli, pekerja dan pelanggan dari Mydin Malaysia.

“Kami akan meneruskan tindakan undang-undang dan berharap Mydin Malaysia akan mengeluarkan video permohonan maaf dan pampasan akibat hantaran melulu oleh jenama terkenal di ruang awam” tulisnya.

Beliau turut menaikkan countdown 24 jam di IG story supaya ciapan Mydin Malaysia itu dipadamkan.

Ciapan Mydin Malaysia yang dirujuk Caprice adalah seperti berikut:

Setakat ini, ciapan tersebut masih belum dipadamkan dan mendapat lebih 3751 ulang ciap (retweet) selain 8124 tanda suka. –Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version