PRU15: Hari mengundi 19 Nov, penamaan calon 5 Nov, kempen 14 hari.

Putrajaya, 20 Oktober: Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sebentar tadi mengumumkanĀ  tarikh pengundian pilihan raya umum ke-15 (PRU15) jatuh pada 19 Nov.

Hari penamaan calon pula pada 5 Nov, dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

PRU15 diadakan selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen pada 10 Oktober.

Bagaimanapun hanya tiga negeriĀ  akan turut mengadakan pilihan raya di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Perak, Perlis dan Pahang.

Negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Harapan dan PAS iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan telah menetapkan tidak membubarkan DUN.

Manakala Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor tiada pembubaran DUN berikutan baru sahaja menjalani pilihanraya negeri.

Daftar pemilih yang digunakan adalah setakat dikemaskini pada 9 Oktober 2022 dengan jumlah pengundi seramai 21 juta. -Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.