Pesta Mega Penjaja, Peniaga Dan Usahawan Kecil Keluarga Malaysia 2022 Dilanjut Hingga Sabtu

KUALA LUMPUR, 21 Okt:  Berita baik untuk warga kota. Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil Keluarga Malaysia 2022 yang dijadualkan selama dua hari di Dataran Merdeka di sini dilanjutkan sehari lagi sehingga tengah malam Sabtu ini berikutan sambutan hangat dari orang ramai.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berkata ia dilanjutkan ekoran  20,000 pengunjung yang hadir pada program anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan pada hari pertama semalam.
https://www.facebook.com/BernamaTV/videos/1251141309042190

“Sebenarnya kita mahu lanjut sehingga Isnin, tetapi perlu beri laluan kepada program KL Car Free Morning pada Ahad,” katanya kepada pemberita pada program berkenaan yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Turut hadir pada program itu ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Shahidan berkata selain menjadi platform memperkenalkan produk perniagaan peniaga kecil, program itu juga diharap menjadi daya tarikan pelancong, seterusnya memangkin kembali ekonomi negara yang terjejas sejak pandemik COVID-19.
Tinjauan Buletin TTKM di Dataran Merdeka mendapati tersebut meriah dengan dihadiri orang ramai dan lebih 500 peniaga berderetan di sepanjang jalan.
Gambar oleh Rosleena Naa
https://www.facebook.com/KemWP/videos/8374892799217715
Sementara itu, pada jam 9 malam ini 21 Oktober, Konsert Malam Pesta Muda-Mudi akan diadakan di lokasi sama menampilkan artis seperti Jeffrydin, Masdo, J Sham, S. Mariam, Vyone yang diiringi oleh Orkestra Kuala Lumpur.
-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version