‘Taichi’ Ratifikasi ICERD kepada Mahathir dan Bersatu, ini bukti Rafizi pembohong..

Oleh: Abdul Azim Roslan

Apa yang Rafizi cuba buat dengan bakulkan semua kegagalan kerajaan PH selama 22 bulan kepada Mahathir dan Bersatu adalah tindakan yang bacul.

Dia lebih dari itu sebut, bukan kerajaan PH, tetapi kerajaan Bersatu yang mana PH jadi sebahagian daripada kerajaan.
Pertama dia sebut soal ICERD, salahkan Saifuddin sebab dia kini ahli Bersatu.
Rafizi ini dalam bijak dia, ada juga skill kaki pembohong yang besar. Ahli politik memang pandai putar belit.
1) Nak ratifikasi konvensyen antarabangsa ini adalah janji PH dan ia ada disebut dalam buku harapan. Boleh rujuk janji 26, “suitable international conventions that are not ratified will be ratified as soon as possible…”
2) Anwar Ibrahim sendiri didalam ucapannya di Universiti Malaya ada sebut Malaysia tak boleh terus tolak ICERD sebab hampir semua negara terima ICERD, walaupun akhirnya dia setuju untuk ditangguhkan supaya beri rakyat kefahaman dan address concern masyarakat Melayu.
3) Saifuddin Abdullah ketika di dalam kerajaan PH, dia masih ahli PKR. Dia dilantik menjadi menteri dibawah kuota parti PKR. Celah bedah mana nak kaitkan dengan parti Bersatu waktu itu?
4) Timbalan Perdana Menteri ialah dari PKR, isteri Anwar Ibrahim. Dia selama 22 bulan makan gaji buta ke? Atau kerjanya tidur je?
5) Ketika bertanding PRU14, semua yang bertanding dibawah lembayung PH menggunakan logo PKR. Ikut logik, kerajaan PH sebelum ini ialah kerajaan PKR.
Sepatutnya Rafizi akui sahajalah, ada kelemahan sini dan sana ketika PH memerintah. Tetapi banyak juga pencapaian PH yang baik dan perlu dibanggakan. Tak jadi isu pun.
Tetapi dia sibuk nak sing along dengan Umno-BN meratip kegagalan 22 kerajaan PH. Macam budak-budak bergaduh.
Suka salahkan orang lain kalau kumpulan dia gagal, walaupun dia sendiri ahli kumpulan tersebut. Esok lusa PH gagal PRU15, entah siapa dia nak salahkan.
Yang penting dia sentiasa betul, sebiji mcm perangai Mahathir kan? Individu yang dia benci.
“You either die a hero, or you live long enough to see yourself become the person you detest the most.”
Just saying.
Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM- Editor.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.