Facebook tutup (unpublished) laman Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

Kuala Lumpur, 1 November: Ketika penamaan calon berbaki 5 hari, facebook telah menutup (unpublished) laman troll politik nombor 1 Malaysia, Tentera Troll Kebangsaan Malaysia (TTKM).

Menurut satu kenyataan ringkas dari Facebook, mereka mengambil tindakan tersebut kerana mendakwa TTKM telah membuat hantaran yang bertentangan dengan standard komuniti berkenaan privasi.

Troll terakhir yang tular semalam dibuat laman tersebut adalah mengenai satu video  calon MUDA Kepala Batas yang menyebut perkataan **** ketika penamaan calon parti tersebut pada 29 Oktober.  Tiada satu pun maklumat privasi didedahkan pada hantaran terbabit.

Dihubungi Buletin TTKM, admin laman troll itu berkata  perkara tersebut sudah dijangka akan berlaku memandangkan pilihanraya umum ke 15 yang semakin panas.

Oleh itu, TTKM telah menyediakan rancangan sandaran (back up plan) dengan berpindah ke laman baharu di :

Dalam perkembangan yang sama, Buletin TTKM sudah menghubungi Facebook Malaysia untuk maklum balas dan sedang menanti respon dari mereka.

Laman TTKM yang ditubuhkan sejak 2014 itu setakat semalam mempunyai lebih 600k pengikut.  -Buletin TTKM-

 

 

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: