Kita perlu Ketuanan Malaysia, bukan Ketuanan Melayu – Kit Siang

Papar, 1 Nov: Malaysia memerlukan konsep Ketuanan Malaysia, bukan Ketuanan Melayu jika mahu menjadi negara majmuk bertaraf dunia, kata ahli politik veteran DAP Lim Kit Siang.

Malasyiakini memetik beliau sebagai berkata, konsep Ketuanan Melayu cuma penyamaran kepada ‘Umnoputra’ yang didakwanya menjadi kaya raya ketika golongan bumiputera sebenar miskin dan tertinggal.

“Kedua, ia bertentangan dengan prinsip asal pembinaan Malaysia bahawa Melayu, Cina, India, Kadazan atau Dayak, adalah rakyat Malaysia yang sama rata dan tiada golongan kelas pertama, kedua, atau ketiga,” katanya.

Lim berkata demikian dalam acara pengumuman calon  Pakatan Harapan di Papar, Sabah, pagi tadi.

Menurut laman web DAP, ideologi asal DAP adalah sosialisme demokratik yang mempromosikan idea Malaysian Malaysia  iaitu majmuk dan bersatu dalam negara berbilang keturunan dan budaya. -Buletin TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.