Surat Aku Janji : Pegawai khas Shamsul buat laporan polis, dakwa palsu

Pegawai Khas, kepada Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah , Datuk Azizan Md Zain sebentar tadi membuat laporan polis berkaitan Surat Akujanji  yang didakwa palsu, yang kononnya  menyokong Presiden UMNO, Dato Seri Zahid Hamidi supaya  menjadi Perdana Menteri.

Surat Akujanji tersebut kononnya ditandatangani oleh Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah pada 30 Oktober 2022 antara lainnya berikrar akan mencalonkan dan menyokong Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri dan lain-lain ikrar.

“Saya bersama rakan-rakan hadir ke Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur membuat satu laporan polis tentang surat aku janji yang ditularkan di Facebook.

“Tujuan saya membuat laporan polis adalah untu menyatakan kepada rakyat Malaysia bahawa Surat Akujanji tersebut adalah fitnah terhadap UMNO-BN dan bertujuan untuk menjatuhkan imej Barisan Nasional dan Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah ,” kata Azizan di petik portal bnnewsonline.

Sehubungan itu, Azizan menggesa siasatan segera dilakukan secara menyeluruh dan menyiasat pihak yang bertanggungjawab mencipta serta menyebarkan Surat Akujanji Palsu sekaligus mengheret mereka ke muka keadilan.

 

Terdahulu, surat palsu tersebut disebarkan oleh laman beberapa laman facebook seperti Saya Sayang Tun Dr Mahathir dan Friends of DAP.

 

 

Malam tadi, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang juga Pengarah Komunikasi Barisan Nasional berkata surat tersebut adalah  palsu dan tidak benar.

“Tiada sebarang akujanji sebegini dilakukan. Perkara ini nyata suatu usaha jahat daripada pihak tidak bertanggungjawab dan jelas ia perancangan memburukkan UMNO Barisan Nasional diketika musim PRU 15 ini.” katanya di laman facebooknya. -Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.