MyMedic@Wilayah : Bas sedia rawatan percuma untuk warga Wilayah

Kuala Lumpur, 11 Nov: Dalam usaha untuk mengukuhkan jaringan keselamatan sosial (social safety net) bagi warga Wilayah Persekutuan, Kementerian Wilayah Persekutuan telah memperkenalkan perkhidmatan bas medik percuma yang dikenali sebagai MyMedic@Wilayah.

 

Program ini menawarkan perkhidmatan rawatan asas/pemeriksaan kesihatan percuma kepada golongan miskin bandar bagi membolehkan warga PPR/PA yang kurang berkemampuan untuk menerima perkhidmatan kesihatan dan mendapatkan ubat secara percuma.

Untuk Sabtu (12 Nov ) dan Ahad (13 Nov) ini, MyMedic akan singgah di lokasi berikut:

Tarikh: Sabtu (12/11/22)
Masa : 9pagi-1pm.
Lokasi: PA Seri Tioman, PA Wangsa Maju, PPR Desa Rejang,

Tarikh: Ahad (13/11/22)
Masa : 9pagi-1pm.
Lokasi: PA Seri Sabah 3A, PPR Pudu Ulu

Perkhidmatan yang disediakan adalah pemeriksaan kesihatan dan rawatan asas secara percuma seperti rawatan demam, batuk dan penyakit-penyakit ringan yang lain.

Penduduk PPR Desa Rajang mendapatkan rawatan di program Khidmat Klinik Rawatan Percuma MyMedic @ Wilayah. Gambar ehsan Persatuan Penduduk Desar Rejang

Manakala penyakit kronik dan memerlukan pemerhatian lanjut seperti kencing manis, pesakit perlu mendapatkan rawatan susulan di klinik kesihatan berhampiran.

Penduduk PPR Desa Rajang mendapatkan pemeriksaan kesihatan di program Khidmat Klinik Rawatan Percuma MyMedic @ Wilayah. Gambar ehsan Persatuan Penduduk Desar Rejang

Walaubagaimanapun, kemudahan ini hanya disediakan untuk warganegara Malaysia bertujuan membantu meringankan beban kewangan dari segi kos perubatan.

Untuk rekod, setakat ini sebanyak tiga (3) buah trak MYMedic@Wilayah disediakan dan beroperasi empat (4) jam setiap sesi bermula pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari pada hari Sabtu dan Ahad mengikut jadual yang dihebahkan di laman facebook Mymedicwilayah.

Program MYMedic@Wilayah ini beroperasi melalui dua (2) kaedah iaitu sebagai klinik bergerak dan juga klinik statik.

Sehingga 7 Ogos 2022, perkhidmatan ini telah membantu lebih 12,967 orang pesakit di 15 lokasi PPR/PA DBKL.

Memandangkan sambutan semakin menggalakkan, empat (4) buah bas MYMedic@Wilayah akan ditambah dengan perluasan lokasi ke Kawasan berpendapatan rendah swasta di WP Kuala Lumpur. -Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.