Kuala Lumpur, 16 Nov: Kementerian Wilayah Persekutuan menyediakan sebanyak 1310 ruang perniagaan di bawah program Usahawan Muda Kota (UMK) di lokasi-lokasi tumpuan dan strategik di ibu kota.
Inisiatif program UMK yang mula diperkenalkan pada tahun 2020 itu pada mulanya diperkenalkan bagi membantu anak-anak muda yang kehilangan mata pencarian kerana kehilangan pekerjaan ekoran ketidakstabilan ekonomi global lantaran pandemik wabak COVID-19.
Menurut laman KWP, Pecahan bilangan dan lokasi ruang niaga yang disediakan di Kuala Lumpur adalah seperti berikut:
- 13 kios di kawasan River of Life;
- 56 kios di pusat bandar (CBD) Kuala Lumpur;
- 244 buah Pit Stop food truck;
- 80 Carboot Sale di Taman Tasik Permaisuri, Cheras;
- 74 Ruang Niaga Harian Lorong TAR;
- 40 Ruang Niaga di Jalan Gelenggang, Bukit Damansara;
- 150 Ruang Niaga KL Night Street (Bazaria Seri Rampai);
- 80 Food Truck di Jalan Tengah, Bukit Bintang;
- 90 Ruang Niaga di Jalan Danau Kota, Setapak;
- 35 Hotspot Urban Street Food Jalan Ampang;
- 30 Hotspot LaPark, di Jalan Conlay;
- 160 Ruang niaga Malaytown, di Jalan Pekeliling Lama;
- 26 Ruang niaga The H@Hartamas, Mont Kiara;
- 17 Ruang niaga Corridor Street Food Center@ Taman Melati, Gombak;
- 16 Ruang niaga Corridor Street Food Center@ Taman Midah, Gombak;
- 6 ruang niaga francais;
- 107 ruang niaga di Berjaya Times Square, Bukit Bintang; dan
- 45 Ruang niaga di KL City Walk, di Jalan P. Ramlee.
Manakala pecahan bilangan dan lokasi di Putrajaya adalah seperti berikut:
- 4 Kios Merah, Presint 2;
- 1 Kios 8B, Persiaran Perdana;
- 10 Kios Belia (6 kios di medan selera Presint 9 dan 4 di kios Laman Duta);
- 21 ruang niaga francais; dan
- 5 Food Truck Hot Spot Presint 14.
Bagaimana prosedur permohonan?
Program ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan keutamaan kepada golongan belia yang cenderung dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan.
Pelbagai kemudahan bakal dinikmati oleh bakal usahawan iaitu –
1. Bayaran sewaan nominal mengikut keluasan ruang niaga;
2. Bantuan pembiayaan dan bimbingan perniagaan daripada Agensi Kerajaan; dan
3. Peluang latihan serta tawaran-tawaran dalam bidang keusahawanan yang diumumkan agensi-agensi Kerajaan
Selain itu, bakal usahawan menikmati manfaat pengurangan kadar sewa sebanyak 50% sehingga Disember 2022 ini sebagai insentif untuk mereka menjalankan perniagaan.
Purata pendapatan para usahawan muda kota yang telah beroperasi ini adalah dalam linkungan RM1,000 hingga RM3,000 sebulan.
Anak muda yang ingin menceburi perniagaan melalui program ini boleh memohon secara dalam talian di https://usahawanwp.kwp.gov.my;
Setakat ini, KWP telah menerima sebanyak 2,468 permohonan dan sehingga 11 November 2022, 1,000 orang usahawan telah berjaya memulakan operasi perniagaan di WP Kuala Lumpur dan Putrajaya. -Buletin TTKM