Harga ayam, telur lebih murah di Program Jualan Rakyat Mygrocer@Wilayah

PUTRAJAYA: MENYEDARI kesukaran hidup yang dilalui oleh golongan miskin bandar di Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) dalam menangani kos sara hidup di saat persekitaran ekonomi yang tidak menentu ini, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) tampil membantu menerusi program inisiatif Wilayah Prihatin.

Bukan hanya menawarkan harga yang jauh lebih murah, MyGrocer@Wilayah turut memudahkan pengguna mengendalikan keperluan harian disebabkan barangan yang dijual seperti ikan dan ayam sudah siap diproses dan dipotong. Tiada proses potong memotong dijalankan sebaliknya ayam atau ikan sudah siap dibersihkan sebelum dibungkus untuk jualan, ia juga diletakkan di dalam peti sejuk beku.

Oleh itu, warga Kuala Lumpur dan Labuan akan menikmati tawaran ayam segar dengan diskaun RM3 seekor dan 50 sen dengan setiap pembelian 10 biji telur ayam gred B melalui Program Jualan Rakyat Mygrocer@Wilayah ini yang hanya diadakan pada hujung minggu.

Itu antara harga menarik barangan keperluan yang ditawarkan menerusi Program Jualan Rakyat Mygrocer@Wilayah.

Program selama enam bulan itu dianjurkan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Labuan dan Yayasan Wilayah Persekutuan dan menawarkan barangan keperluan asas seperti ayam, ikan, sayur-sayuran dan barangan makanan kering pada harga lebih rendah daripada harga siling ditetapkan kerajaan.

“Program ini memfokuskan kepada jualan barangan sumber protein utama bersubsidi iaitu ayam dan telur ayam agar rakyat dapat berbelanja pada harga yang lebih rendah.

“Program ini akan dilaksanakan di setiap Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di Kuala Lumpur manakala di kedai-kedai yang dikenal pasti di Labuan melibatkan peruntukan berjumlah RM3.48 juta,” menerusi kenyataan yang dipetik Utusan Malaysia.

Program itu akan menyaksikan lebih 147,000 penduduk di 61 buah PPR dan PA di Kuala Lumpur serta 19,000 penduduk dari kumpulan B40 di Labuan bakal menerima manfaat.

Menurutnya, setiap penerima manfaat mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia.

Katanya, kerajaan serta Kementerian Wilayah Persekutuan komited mencari pelbagai kaedah untuk meringankan beban ekonomi Keluarga Malaysia dan mengurangkan kesan inflasi kepada rakyat secara umumnya. – Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: