Jangan anjurkan sebarang perhimpunan atau perarakan – Ketua Polis Negara

Kuala Lumpur : Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani meminta kerjasama semua pihak untuk menerima baik proses demokrasi tanpa perlu mewujudkan suasana tidak harmoni di kalangan masyarakat.

Katanya lagi, tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan sebarang provokasi atau membangkitkan isu perkauman dan agama.

“Orang ramai diminta tidak menganjurkan sebarang perhimpunan atau perarakan berkaitan politik di tempat terbuka dalam masa terdekat, demi keselamatan dan ketenteraman awam.”

“Pengguna dan pemilik media sosial turut dinasihatkan untuk menjaga adab dan tingkah laku dalam mengeluarkan sebarang paparan yang boleh mencetuskan kegusaran pada masyarakat di negara ini”

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman facebook Polis Di Raja Malaysia.

May be an image of textMay be an image of text

Pada jam 5 petang tadi, Dato Seri Anwar Ibrahim selamat mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke 10.

Parti yang dipimpinnya, Pakatan Harapan memperoleh 82 kerusi pada PRU15 lalu, tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan yang memerlukan  sekurang-kurangnya 112 kerusi.

30 MP Barisan Nasional kemudian memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim sekaligus membolehkan beliau melepasi angka tersebut.

Sementara itu, GPS yang mempunyai 23 kerusi serta GRS dengan 6 kerusi turut memberikan sokongan kepada kerajaan perpaduan dipimpin Anwar.

Oleh itu, setakat  ini, kerusi yang diperoleh oleh adalah berjumlah 141 kerusi, “kukuh dan meyakinkan”. -Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.