Putrajaya: Program Pertanian Bandar (Urban Farming) yang diperkenalkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) adalah untuk membantu meringankan beban rakyat khususnya mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan kenaikan harga barang, kini mula membuahkan hasil serta mendapat pengiktirafan dalam dan luar negara.
Program yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dilaksanakan sejak tahun 2006 merupakan salah satu program di bawah Program Mampan Sejahtera Wilayah Persekutuan.
Kejayaan program ini adalah hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk jabatan kerajaan, syarikat swasta dan badan bukan kerajaan.
Agensi-agensi di bawah KWP (DBKL, PPj & PL) berperanan dalam merancang, menyelaras dan menyediakan prasarana untuk Urban Farming sama ada bagi lokasi baharu atau kebun-kebun komuniti sedia ada yang perlu dinaik taraf dan ditambah nilai supaya dapat menggalakkan penduduk setempat untuk bercucuk tanam dan mengeluarkan sendiri bahan makanan.
Program yang berasaskan komuniti (community-based) menggunakan pendekatan pengupayaan komuniti (empowering community) bagi membangunkan kawasan-kawasan tanah yang belum digunakan, tanah terbiar, tanah rezab, tanah di bawah talian rentis, sekolah, institusi dan kebun-kebun komuniti sedia ada yang dinaik taraf dan ditambah nilai.
KAEDAH PELAKSANAAN URBAN FARMING DI WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
Urban Farming di WP Putrajaya dikawal selia oleh Perbadanan Putrajaya (PPj)melibatkan 14 Kebun Komuniti dengan jumlah keseluruhan keluasan tanah adalah sebanyak 8.11 ekar.
Antara lokasi pertanian bandar adalah kawasan tanah di :
1. Kebun Komunitit Perumahan Pejawat Awam Malaysia (PPAM) Seruling, Presint 5;
2. Presint 8:
3. Kebun Komuniti 2; dan
4. Kebun Komuniti Apartmen Fasa 4C;
5. Presint 9:
6. Kebun Komuniti 1;
7. Kebun Komuniti 3;
8. Kebun Komuniti Taman Rimba Desa Presint 9;
9. Kebun Komuniti Apartment Fasa 11;
10. Kebun Kuarters Jalan P9B; dan
11. Kebun Komuniti Putra Harmoni.
12. Presint 11:
13. Kebun Komuniti Jalan P11B; dan
14. Kebun Komuniti P11K;
KAEDAH PELAKSANAAN URBAN FARMING DI WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
Pelbagai hasil tanaman diusahakan di Putrajaya antaranya adalah Rock Melon, tembikai, tebu, ulaman-ulaman, tanaman herba dan sayur-sayuran seperti bayam, bayam brazil, halia bentong, labu air, serai dan terung.
Selain itu, Pertanian Bandar di Putrajaya turut mengusahakan produk hiliran seperti madu kelulut, cincau, jem rock melon dan kerepek bayam brazil selain membuat jualan baja, pasu hidropot dan anak pokok.
IMPAK URBAN FARMING DI WILAYAH PERSEKUTUAN
Impak program pertanian bandar ini telah mengindahkan landskap perumahan dan lokasi terbiar dan pada waktu yang sama mewujudkan komuniti petani moden di dalam pusat bandar.
Selain itu, ia mengubah imej kawasan terbiar kepada kebun bandar yang bukan sahaja menghasilkan tanaman bebas racun, tetapi memperlihatkan komitmen warga Wilayah Persekutuan memajukan kawasan masing-masing secara sukarela yang seterusnya dapat mengurangkan kos sara hidup dan mampu menjana pendapatan sampingan.
Pada masa yang sama, ia memberikan pelbagai nilai tambah kepada kehidupan rakyat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang sekaligus mewujudkan perpaduan dan kesejahteraan komuniti.
Ia juga menjadi pusat pelancongan bandar, pusat penyelidikan dan pembelajaran, pusat latihan pertanian dan penghasilan produk hiliran.
Pengiktirafan.
Setakat ini program pertanian bandar mendapat pengiktirafan melalui penyertaan di pelbagai pertandingan di peringkat komuniti, kebangsaan dan antarabangsa antaranya:
1. Penyertaan dalam Malaysia Institute of Planners Planning Excellence Award (MIP), 2022;
2. Anugerah Kejiranan Hijau (AKH) anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan;
3. Anugerah Special Commendation, Placemaker Awards ASEAN 2021;
4. Lokasi lawatan delegasi Persidangan World Urban Forum ke-9, 2018
5. Best Community and Neighbourhood Park 2017; dan
6. Anugerah Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau 2017.
-Buletin TTKM-