Sabah akan bekerjasama dengan pentadbiran Anwar

PETALING JAYA: Kerajaan Sabah beri jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim, demi manfaat dan kebaikan bersama.

Ketua Menteri Hajiji Noor, yang juga pengerusi Gabungan Rakyat Sabah, berkata dalam satu kenyataan, kerjasama erat akan merealisasikan pembangunan Sabah dan menunaikan Perjanjian Malaysia 1963.

Dalam pada itu, Hajiji berharap pengalaman Anwar akan membawa kebangkitan ekonomi yang sangat diperlukan untuk rakyat dan pembangunan pada masa depan.

Beliau juga berharap pemerkasaan Sabah dan Sarawak seperti yang dinyatakan dalam manifesto Pakatan Harapan akan dilaksanakan sebaiknya.

Anwar pernah menjadi menteri kewangan (1991-1998) dan timbalan perdana menteri (1993-1998). Beliau juga pengerusi Pakatan Harapan dan presiden Parti Keadilan Rakyat.

Beliau dipecat pada 1998 oleh Tun Dr Mahathir  yang kemudiannya melancarkan gerakan reformasi bagi membantah pemecatannya.

Anwar mengangkat sumpah perdana menteri kerajaan perpaduan di hadapan Agong, petang tadi. -Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.