“Yang kaki bodek tu Noh Omar” – Isham Jalil

Kuala Lumpur, 2 Mei: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil mendakwa Noh Omar lah yang sebenarnya kaki bodek untuk mendapatkan jawatan.

Kata Isham, Noh pernah untuk membodek bekas perdana menteri Najib Razak semata-mata untuk menjadi menteri kabinet.

“Semalam Noh Omar kata orang UMNO kaki bodek. Setahu saya yang kaki bodek adalah Noh Omar. Dulu seingat saya semasa dia (Noh Omar) ingin jadi menteri, dia bodek PM Najib” tulisnya di akaun facebook beliau.

Tidak cukup dengan itu, Isham berkata Noh turut membodek dirinya kerana beliau pada ketika itu bekerja di pejabat Perdana Menteri.

“Sampai saya pun dia (Noh Omar) bodek, masa itu saya bekerja di Pejabat Perdana Menteri.” tulisnya.

Terdahulu, Berita Harian melaporkan yang bekas ahli parlimen Tanjung Karang itu mendakwa UMNO kini hanya tinggal kaki bodek dan mereka yang kalah dalam pemilihan ketua bahagian dan cawangan.

Noh turut dilaporkan memetik nama Isham Jalil dan Lokman Adam yang tewas dalam pemilihan bahagian.

“Lokman Adam, Isham Jalil, di peringkat bahagian pun mereka tak dapat menang macam mana UMNO kata itu suara akar umbi,” katanya. -Buletin TTKM-

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.